08 July, 2015

Hidangan Ayam Kampung Di Restoran Fenomena

Antara pelanggan yang mendapatkan bekalan ayam kampung Perniagaan RAR Enterprise (RARE) secara tetap ialah Restoren Fenomena di Desa Pinggiran Putra.  Antara yang dihidangkan di restoren ini ialah ayam kampung goreng berempah, ayam  kampung goreng biasa, ulam-ulaman dan banyak lagi. 

Dimiliki oleh pasangan muda, lauk-pauk yang dihidangkan memang cukup rasa.  Saya difahamkan, restoren ini menjadi tumpuan penjawat awam dari Putrajaya untuk makan tengahari.  Kalau berdekatan, boleh cuba ya.

06 July, 2015

Ayam Kampung RARE

Masih ingat saya pernah bercerita yang En. Suami sudah meninggalkan perkerjaan tetap dan berkerja sendiri sebagai usahawan? Keputusan yang dibuat bukan mudah, tetapi kami mempunyai alasan tersendiri. En. Suami terlibat dalam beberapa cabang perniagaan. Tetapi yang paling utama setakat hari ini ialah penternakan ayam kampung.

Diakui, saya agak sangsi pada awalnya. Tak susah ke nak bela ayam kampung? Siapa nak makan ayam kampung? Nak jual di mana ayam kampung tu? Tetapi Alhamdulillah, Allah Ar-Razzaq memberi kecukupan rezeki pada kami sekeluarga. Antara medium pemasaran Ayam Kampung RARE (RAR Enterprise) adalah melalui Facebook.

Laman Facebook Perniagaan RAR Enterprise :

Promosi di salah sebuah pasaraya besar. Harga asal RM21.98 seekor. Harga promosi RM19.99 seekor. Percaya tak di Perniagaan RAR Enterprise anda boleh dapatkan ayam kampung dengan harga jauh lebih murah? Tengok dulu, kemudian anda akan tahu.

Perniagaan RAR Enterprise masih muda, baru berusia 2 tahun. Masih jauh langkah untuk dikategorikan sebagai berjaya. Tetapi, Perniagaan RAR Enterprise berusaha memberikan yang terbaik kepada penggemar ayam kampung. Matlamat Perniagaan RAR Enterprise ialah membekal ayam kampung yang bersih dan suci dengan harga berpatutan kepada anda di luar sana.

Jemput singgah ke facebook ayam kampung RARE. Maklumat pembelian ada di sana. Jadi kalau rakan-rakan terasa seperti nak makan ayam kampung goreng berempah atau ayam kampung masak lemak cili api, boleh dapatkan bekalan ayam kampung dari Perniagaan RAR Enterprise ya atau, boleh hantarkan whatsapp ke 0193636060. 

03 July, 2015

Tukang Jahit

Salam.

Dalam tak sedar, 3 bulan saya tinggalkan blog ini.

Azam saya mahu mula kembali aktif menulis di blog, tetapi Allah aturkan yang lebih baik.

Sejak bulan Mac yang lalu, saya terlibat dalam tim produksi baju muslimah kanak-kanak.  Akhirnya mesin jahit tepi 4 benang Merrylock yang saya beli Oktober 2014 lalu, digunakan sepenuhnya.  Senang rupanya menjahit kain lycra menggunakan mesin 4 benang.  Kain boleh diterus sambung sekali dengan jahit tepi.  

Jemput bertamu ke FB page kami:


Sepanjang bulan Ramadhan ini, kami juga terlibat dengan car booth sale di perkarangan Tesco Shah Alam.  KAlau nak dapatkan mini kurung atau dress kanak-kanak 1 hingga 6 tahun, puan mungkin boleh cari kami di sana.  HUjung minggu sahaja ya.
Related Posts with Thumbnails