21 January, 2009

Mana peri kemanusiaan??

Hari ni naik lrt, saya berdepan dengan 2 situasi yang “menjengkelkan”.

  1. Ada 2 org mamat ni duduk sama2 kat dlm lrt tu. Pastu, in between siap letak beg dia atas seat tu. Kalau diaorg ni rapat sket, mmg bleh muat sorang lagi. Tapi, kebanyakan penumpang yg naik kat cabin tu, perempuan so, mungkin malu nak suruh dia rapat berdua. Mamat 2 org ni memang tak kisah pun dengan crowd yg berdiri. Siap boleh tido bagai. Sikit pun tak der terfikir nak angkat beg & duduk rapat skt untuk bagi laluan orang lain duduk.
  2. Dh sampai stesyen, sementara tunggu DH datang jemput, ada sorang mamat naik Honda selamba badak jer berhenti agak ke bahagian tengah jalan. Pulak tu, org yg dia nk amek bukan naik tren sama ngan saya. Belum sampai pun tren dia masa tu. Kedudukan kereta dia yg kat tengah jalan tu, mmg menganggu orang lain tapi, dia boleh buat tak tahu jer. Ada la dekat 10 minit jugak dia park kereta kat situ. Hangin jer tengok!

Perkara yang hampir sama berlaku beberapa minggu lepas masa saya masih naik komuter. Dari KL Sentral ada 5 beranak ni naik. Yang mak dengan baby dan ayahnya dengan 2 org anak lelaki. Masa tu KL Sentral memang penuh dengan org yang menunggu tren. Taula, kalau komuter tu sampai between 30 minutes interval. Bila tren sampai, luckily ada org berhati mulia offer tempat untuk mak & baby. Tapi kesian dekat anak dia yang 2nd. Maybe dalam 3 tahun camtu. Dia terpaksa sama2 berdiri bersesak2 dgn si ayah & abang. At one point maybe dia dh rasa penat sangat, aku dengar & nampak yang ayahnya suruh dia duduk kat lantai tren & peluk kaki ayah. Anak dia tu kiranya duduk betul2 depan seat org. (read: betul2 depan kepala lutut penumpang sombong ). Tak ada ker perasaan belas pada penumpang tu untuk beri tempatnya pada anak kecil yang bape kerat sangatla kudratnya tu?? Sungguh saya tak faham. Yer.. memang semua org penat, semua orang nak balik rumah… Tapi ada ketikanya kita kena tolak tepi keselesaan diri sendiri untuk beri pada orang yang lebih berhak.


Mungkin akan ada yang pertikaikan, “dah tau, balik kerja mesti tren sesak, nape nak bawak anak naik time peak camtu”. Kita ni tak tahu keperluan/kesusahan orang. Saya rasa even kalau parent tu purposely bawak anak dia naik time tu, tak wajarla kalau kita nak berkira jugak dangan budak sekecil tu.


Apa yang saya cuba sampaikan & also as a reminder to my self, perlu ada dalam diri kita ni sifat belas, tak kirala hatta pada haiwan pun. Saya tau semua org ada sifat belas tu, cuma mungkin sisi hitam dia lebih berkuasa menyebabkan dia jadi pentingkan diri sendiri & tak pedulikan kesusahan org lain. Kita ni memang kena selalu muhasabah diri. Semoga Allah jauhkan aku dan seluruh saudara Islamku dari sifat2 camtu. Amin!

2 comments:

Adwindaa said...

hmmm itu perkara biasa la, thn lepas linda masa stay KL pregnent 6bln, kira perut tu dah leh nampak la besar mambawa budak... leh tak ade couple muda trangtangtang nengok je kita yg berdiri betul2 dpn dorg lam sesak2 tuh.. lam ati ni bkn nak menyumpah, tpi just terdetik gak camne lak perasaan dorg lau bini o diri sendiri jd cam linda... yg kita ni siap leh kasi ibu pregnent lain yg dh sarat duduk sdgkan sama2 preggy.. tu la hanya kita yg merasa paham kan...

me_czar said...

Memang... kenapa mentaliti diaorg ni susah sangat nak berubah. Saya makan hati jer tiap2 hari naik tren

Related Posts with Thumbnails