26 February, 2009

B for bicycle

Malam td, Muqry belek2 kamus bergambar yang kami baru beli untuk dia. Dia tgh tengok muka surat ‘In Town’. Masa tu saya pun tgh buat hal saya. Kemudian saya terdengar..

“B for bicycle”.

Saya kagum. Dalam hati, “eh… pandai pulak Muqry.. belajar kat nursery ker?”

Kemudian tiba-tiba saya terdengar, “B for taxi, B for car”.

Hahahaha… rupanya dia main belasah jer. Vehicles dalam gambar tu semua dia kenal, tang huruf tu jer ikut suka dia. Setakat sesi pembelajaran Muqry ngan saya kat rumah, dia masih dalam proses mengenal huruf. ABC memang dia dh boleh nyanyi tapi, bila saya tunjuk carta huruf dia cuma boleh tunjuk huruf W. Takper... saya tak nak terlalu memaksa... Saya akan ajar dia perlahan2. Lagipun dia baru 2 tahun 7 bulan... Masih belum terlambat kan??

3 comments:

:: s o l :: said...

hahahaha mcm adik sol dulu- a ayam, a lembu, a kambing.. ekekeke..

kjap je tu, myza.. no worries :)

chilun @ cik pau @ bibimie said...

budak baru belajar... ada beberapa blog yang buat i tensen tak tentu pasal about kids. kadang2 rasa rendah diri tiba2 hanya kerana membaca blog derang. adakah aku terlambat... atau aku yang malas? end up i jarang2 bukak blog tersebut... takut tensen tak tentu pasal... weh keh keh... wanna know?

me_czar said...

Sol : Pelan2 kayuh kan. At least dia dh bleh baca doa makan & doa tidur.

Bie : Blog apakah itu?? Leh share. Ala.. kita take it this way, every child development kan tak sama.

Related Posts with Thumbnails