16 February, 2009

Beberapa Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-anak (Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998) - Bahagian 1

Kesilapan pertama : Kurang berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan semasa mengandung ialah

  • Saidul (penghulu) Istighfar
  • Doa memohon rahmat (Al Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
  • Doa memohon zuriat yang baik (Al Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
  • Doa agar anak mengerjakan solat (Al Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

  • Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
  • Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya

Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

  • Menakut-nakutkan anak dengan tempat gelap
  • Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

  • Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
  • Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka

Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif

  • Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak
  • Membandingkan anak dengan anak lain atau anak orang lain

Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah s.a.w. kerap dilihat mendukung cucu-nya dan mencium mereka

Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

  • Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah

Akan bersambung di Bahagian 2

1 comment:

me_czar said...

'Kesilapan kedua' tu kena bedebuk kat muka. Kami takutkan anak dengan kucing/cat. Hubby selalu cakap kat anak "Jangan nangis, nanti cat datang jilat air mata" (huhu... where he got this idea??). Sudahnya, our pet cat pun anak2 takut. Nangis betul2 kalau kucing tu datang.

Related Posts with Thumbnails