27 February, 2009

Camne nak basuh cd?

Cara saya (seperti yang ditegaskan sebelum ini, lain orang lain caranya ;-p):

CD yang kena poo.. spray kan solid tu kat toilet. Biasanya mmg SANGAT senang nk tanggal. Kalau susah sangat. Saya pijak2 dengan kaki (ganasnyer bunyi).

Lepas tu… toss masuk dalam washing machine dengan cd yang lain. Insert saya main masuk jer dalam mesin. Tapi, pocket sume saya masuk dalam washing net untuk menjaga durability pocket tu.

Dulu, maid akan bilas dulu semua pocket & insert dalam bilik air sebelum basuh dalam mesin. Now, semenjak tak de maid, sampai je rumah saya prewash/rinse semua cd dalam mesin basuh. Lepas tu baru buat full cycle. Saya guna Pureen HAD untuk basuh cd dengan sukatan kurang dari ¼ penutup sbb now dh tak basuh banyak cd. Saya tak pernah basuh cd dengan baju anak2, etc. Macam tu la rutin tiap2 hari. Setakat ni penggunaan air kat rumah masih lagi free (kita org Selangor 20m3 pertama KDEB bayar tau. Jangan jeles. Tapi tak bermaksud saya sewenang2nya membazir air yer).

Kalau ada poo stain kat insert, beberapa kali basuh InsyaAllah boleh hilang dan jemur insert tu bawah direct sunlight. Sunlight is a great natural bleach!

Saya mmg tak pernah basuh tangan sbb khuatir tak bilas & perah dengan betul dan sebabkan soap residue pada insert & fleece/suede cloth layer pada pocket. Soap residue ni blh kurangkan daya serapan insert & sebabkan rashes pada baby bum. Jadi sebaiknya basuhla guna mesin. Kalau nk gk basuh tangan, pastikan guna sabun sikit jer & bilas banyak2 kali. Cuma boleh gunakan sabun yang tak ada enzym. Hmm... rasanya Top boleh. Tapi, kena buat researh lagi ni sbb saya mmg stick to Pureen HAD jer.

Sekian, terima kasih.

3 comments:

Anonymous said...

oooo
mcm tu yeeee
dah phm la kiranya ne
thanks ye sebab sudi membantu ku yg dlm kegelapan ne

banyak lg nak kena belajar pasal CD ne

thanks againt
love u lah
muahhhhhh

Dayah said...

salam ziarah me_czar.god info for CD.penglamana saya ber' CD ni.awal2 dulu ade la basuh tgn, tapi tu lah..bila pk kkdg nak cepat, tkut bilas tak bersih..baik letak mesin..

me_czar said...

Salam Dayah.. selamat kenalan. Thanks sbb sudi singgah. Saya pun masih baru bercd'ing. Belum setahun pun...& tak banyak tips yg saya tahu. Tapi, setakat yang tahu, bolehla share

Related Posts with Thumbnails