20 February, 2009

Cloth diapering

Ahad ni saya akan join Cloth Diapering & Baby Wearing Gathering kat Taman Tasik Permaisuri. Bercakap tentang cloth diaper ni, saya la salah seorang penggunanya. Dengan bangganya saya nak cakap, saya dah fully, 100% on cloth diapering!

Saya mula terjebak ngan cloth diaper (CD) ni masa Nuryn 10 bulan. Itupun lepas beberapa kali khatam baca berpuluh muka thread pasal cd ni kat SusuIbu.com. Siap print supaya senang nk baca berulang kali. Lepas khatam & wat calculation, saya berjaya convince hubby untuk cuba pakaikan anak cd nih. Cd pertama yang saya beli, Freshbots One Size (OS) warna Magenta. Masa mula2 dapat tu frust jugak sbb lain sungguh dengan dalam gambar. Tapi, sbb semangat nak cuba jugak cd ni, saya maintain excited la depan hubby.

Freshbots ni saya beli untuk Nuryn. Saya pernah try kat Muqry tapi, dia tak suka. So, mmg Nuryn je lah yang pakai. Masa tu dengan 1 cd ni, kami guna selang sehari kat Nuryn. Dapatla jimat sekeping dispo untuk 2 hari.

CD kedua yang saya beli Bumgenius 3.0 OS warna Grasshopper. Wa.. ni memang cantik menarik kau memang dabommm. Dahla warna hijau tu cantik. Tapi even dia ni OS, cutting dia kecikla…

Selepas pada itu, saya pun mula menjadi ketagih dgn cd. Tapi, okla kan.. sbb nak wat cd stash. Kalau tak camne nk fully cd’ing. Inilah cd2 yang telah saya beli selain Freshbots & BG 3.0.

DrybeesSaya suka, fitting mmg ok sbb ini sized diaper

BabyZara – Pun suka juga. Tapi tak sesuai utk heavy wetter baby

Wahmies OS
Kureng. Opening nak masukkan insert tu tersangatla comel untuk tangan saya. Pastu PUL dia tu senang tertarik

Bella Posh Bowtique OS - Ok

Itti Bitti D’lishNi best (sebest harganya. Saya tunggu sale baru beli tau…). Tersangatla trim

Baby Beehind Magic AllTak suka. Kalau Muqry lasak sket, Velcro senang terbukak. Lepas tu dia bulky la…

Baby Beehind Minkee Magic All – Yang ni minkee & snap.

CoolababyOkla. Padanla dengan harga dia yg murah tu.

Memula saya hanya target nak fully cd’ing Nuryn sahaja sbb masa tu dia baru 10 bulan, so lama lagi la dia nak berdiaper kan. Tapi, lama kelamaan dek kerana ketagih dgn cd ni, saya beli jugak utk Muqry. Kebanyakan cd Muqry saya cuma beli yang 2nd hand. Ok tau.. sbb previous owner pandai jaga, cd nampak macam baru dan dapat murah dr harga pasaran.

Tapi, nak cari night time diaper untuk Muqry mmg cabaran besar. Dia heavy wetter. Mula2 saya try Drybees fleece pocket + Loopy-Do insert. Tapi tak jalan… Baru ½ malam dh bocor. Lepas tu beli pulak Cute Tooshies fitted + Dancing Bear night weight soaker. Ok, yang ni baru sesuai. Tapi, Cute Tooshies tersangatla kecik walaupun dia OS. Tak lama lepas tu, saya ‘terpaksa’ beli My Precious Baby fitted untuk Muqry sbb dia ada size XL. Jadinya Cute Tooshies tu kena diturunkan kat Nuryn pulak. Dah tu kena la ada covernya kan?? Saya teringin nk cuba Wool cover. Kebetulan ezmotherhood ada wat sale. Saya pun sambar la satu Baby Beehind wool cover. Tak susah pun nk jaga wool cover ni. Ada masa saya story.

Camtula sedikit sebanyak perjalanan saya dengan cloth diaper ni. Skang dh tak bleh beli cd lagi tau.. sbb Muqry dah potty trained. Jadi cd stash dah cukup dan alasan “ala bang, musim hujan ni cd tak keringla. Nak kena tambah lagi ni” tak boleh digunapakai lagi.

5 comments:

Mama Adib said...

salam kenal

tq berkongsi review tentang CD

saya ni baru nak berjinak2 dengan CD

me_czar said...

Salam,

Hihi... terima kasih sudi singgah. Saya dh add link... Nak citer memang tak habis, banyak lagi... Saya pun banyak lagi nak belajar.
Tapi, setakat ni saya puas hati dengan system/cd stash tu. Kalau ada masa, saya share lagi pasal cd nih.
Susah gk nak memblogging ni dgn anak kecik. Lagi pulak dia tak bg chance ibu nak relax, nak bergantung jer. Huhu...

nOnnie_sayang said...

salam me_czar..

nanti jgn lupa ye update gambar anak ku.. heheh. minta tolong farhana emailkan gambar si Manja.. ku tak sabar nak tengok hasilnya..

anyway, kalau nak tau pasal cd nanti aku masuk blog ko ni je lah ye.. ke nak tinggal pesan camna ni, nak tanya camna nak guna?

me_czar said...

Salam nonnie...

Tak contact lagi member tu. Hari tu dh war2kan kt blog, she's charging RM15/cd. Tapi tak taula kot dia sudah tukar...

Kalau sempat saya citer pasal cd kat sini. Tapi kalau tak sempat & ada nk tanya, emel jer la kat muqryn@gmail.com. Nanti saya post terus reply kat blog. Tapi tak janji dapat reply on time yer..

Anonymous said...

salam
kak
tahniah dah ade blog sendiri w/ pun sibuk ngan ank2
muah kat nuryn yeee

wahhh
dah dpt fully guna CD jeles ne
akma baru2 je nak belajar
bagus2 kongsi lg ilmu yg ade utk d kongsikan kat kami yg budak baru nak belajar ne nye

kan akak dah fully guna CD so akma nak tanya la berapa banyak CD yg aka ade utk fully CD ne
ye la nak tahu gak kan cos akma memang niat nak fully CD je neee memang gila la ngan CD b'cos off color, disgn n yg paling penting leh BASUH

share la kat mana tempat yg leh dpt CD yg canggih2 mcm aka pakai tu cos akma pakai colabb ngan luna je

so far alhamdulillah akma dah dpt kumpul 7CD tu yg nak tanya aka kalau fully CD berapa akma nak kena ade sekali ngan insert nya
hope sudi2 la membatu ku ne

Related Posts with Thumbnails