23 February, 2009

Fire Safety Awareness Campaign

Hari ni kami di office ada 1 jam sesi “Fire Safety Awareness Campaign”. Agenda utama kempen ni tentu sekali nak menyedarkan semua tentang pentingnya pengetahuan dalam mengawal kebakaran dan keselamatan dalam menghadapi kebakaran. Kongsi secara ringkas sedikit sebanyak setakat apa yang saya ingat:-

Jenis-jenis api dan alat pemadam api ( fire extinguisher) yang sesuai untuk digunakan:

Jenis api : Pemadam api
Kategori A - Daripada kayu, kertas : CO2, Dry powder, Foam, Clean Agent
Kategori B - Disebabkan, minyak, gas dan cecair : Dry powder, Foam, Clean Agent
Kategori C - Disebabkan litar pintas, melibatkan aliran elektrik : CO2, Clean Agent, Dry powder
Kategori D - Kebakaran besar seperti kebakaran kilang, gudang, etc : Tak ada alat yang sesuai. Run for your lifeeee!!!!

Jadi, mana yang sesuai untuk kegunaan rumah??? Yang paling sesuai ialah Clean Agent. Sbbnya, gas yang digunakan ni selamat walaupun terkena pada kulit kita dan dia boleh padam ketiga-tiga kategori api, A, B & C. Bau dia pun tak teruk sangat, macam bau pewangi lemon dan tak tinggalkan kesan kotoran. Berat setiap silinder cuma 2kg dan boleh guna beberapa kali selagi gas tak habis. Kalau CO2 atau dry powder, bahan dia ada sifat menghakis. Tak boleh kena pada kulit. Cuma ada 1 jer pengedar tunggal untuk alat pemadam api jenis ni (sorry saya tak ingat specific name benda alah ni selain Clean Agent), North Star Fire Industry Malaysia Sdn Bhd, kat Seri Kembangan.

Memang bagus ada satu pemadam api kat rumah. Malang tak berbau kan. Bukan semua api boleh padam dengan air jer. Makin marak api jadinya. Tapi bila tau harga dia…. gulp.. RM799.00. Kalau beli hari ni jugak, dapat harga subsidi RM399.00. Memangla RM399.00 tu apala sangat nak dibandingkan dengan nyawa… Tapi di hujung2 bulan camni faham2 je la kan. Kalau diaorg terima installament tak pe gak. Huhu…

Jadi, kalau kita yang tak der alat pemadam api kat rumah ni, kena take extra careful dengan peralatan elektrik dan nak kena tahu cara yang betul untuk selamatkan diri. Kata kuncinya JANGAN PANIK. Satu yang penceramah tu beritahu tadi, jangan sesekali tinggalkan handphone charger pada adapter. Setakat switch off je tak cukup. Kena cabut sekali charger tu sbb kalau berlaku litar pintas, charger tu yang paling mudah terbakar.

No comments:

Related Posts with Thumbnails