12 February, 2009

Nuryn demam!

3 lebih tadi nursery call, beritahu Nuryn demam & asyik merengek. Ya Allah, rasa bersalahnya saya sbb pagi tadi lupa nk bawa ubat demam ke nursery. Padahal dh tgk ubat tu dalam peti sejuk & dh remind myself lepas ni kena packing ubat pulak. Somehow, lupa jugak sbb pagi td rushing nak keluar rumah pukul 7. Saya pun lupa nk call nursery before lunch. Bukan sbb tak kisah hal anak tapi, kadang2 bila preoccupied dengan keje yang urgent, saya jadi tak perasan dgn masa yang berlalu… Lunch break td pulak ada company lunch. Mmg lupa betul nk buat ‘that phone call’. Ntahla.. ke saya ni mmg sebenarnya tak kisah pun nk amek tahu? Saya ni mmg pentingkan diri sendiri? Takkan saya tak sayang anak sendiri pulak? Hmmm… tak tahuuuuuuuuuuuu. Yang saya pasti, I’m trying to be the best of everything for my family.

Bila nursery call, saya panic jugak. Nak balik cepat ker? Tak yah ker? Dhla ada ‘kes’. Pastu nak kena ada org amek kat stesyen lrt. Hubby meeting pulak. Tengah tunggu bos abis meeting nk mintak permission balik awal, hubby dh on da way amek anak. Mujur hubby tak keje office cam saya. Bolehla dia lari balik cepat.

Bila kerja jauh dari rumah, ni la yang paling saya takut/nak elak. Anak sakit ataupun ada hal emergency kat rumah. Sbb, saya tak boleh sampai rumah secepat mungkin. Kalau saya drive pun, maybe ambil masa 30-45 minit. Lagi pulak naik public transport. Mcm2 leh jadi dalam tempoh tu. Isk.. mudah2an Allah jauhkan.

Harap2 Nuryn tak panas sangat. Dah berapa hari ni dia demam, kebah, demam, kebah. Maybe saya patut bagi dia air untuk sejukkan badan tu. Dulu masa kecik ayah selalu bagi saya minum, beli kat kedai ubat cina. Yang saya ingat, kembang semangkuk dengan gula batu. Ramuan lain tak ingat dh.

No comments:

Related Posts with Thumbnails