24 February, 2009

Saya dan buku

Kali pertama saya kenal dengan penulis ni, bila ada someone yang promote buku ni pada saya. Terus saya jengah ke saifulislam.com. Hari tu jugak saya terus beli buku Aku Terima Nikahnya sbb tertarik dengan gaya penulisan Ustaz Hasrizal nih. Cara dia menyampaikan dakwahnya, santai sangat. Tak berat untuk kita baca dan dia related kan dengan kisah hidup dia. Macam diari… Pendek kata semua tajuk dalam buku tu, cara penyampaian segar dan menarik. Walaupun boleh baca penulisan Ustaz Hasrizal ni dalam saifulislam.com, saya lebih suka kalau dia terbitkan buku lagi. So that, saya boleh ulang kali baca di mana sahaja dan boleh turunkan buku tu pada anak-anak saya pulak nanti. InsyaAllah..

Sama jugak macam Faisal Tehrani. Pertama kali saya baca tulisan dia, dalam cerpen Tunggu Teduh Dulu (TTD). Masa tu... tahun 2004 kalau tak silap, cerita tu disiarkan dalam suratkhabar Utusan Malaysia. Sampai beratus siri jugak sebelum cerpen tu dibukukan. Saya mmg grab once dia publish. Masa tu buku TTD ni tak ada jual lagi kat physical store. Kena beli online. Novel ni pun ada diselitkan unsur dakwah, mengisahkan tentang Salsabila Fahim yang mengusahakan ladang betik. Ada selit kisah cinta jugak tapi tak sama macam novel2 cinta lain sebab cinta dalam TTD lebih kepada cinta pada Pencipta. Faisal Tehrani ni tulis macam2 genre, ada humor dan buku kanak-kanak jugak. Saya memang berangan nak kumpul semua buku dia..

Semenjak kena balik kerja naik public transport ni, saya mula membaca semula. Sekurang2nya dalam 30 minit tu dapat juga saya manfaatkan dengan 3, 4 muka surat buku. Buat masa ni saya tgh baca Twilight by Stephenie Meyer. Huhu… tak pernah saya baca buku genre camni sebelum ni. Sajer tukar selera. Buat masa ni saya ok. Ceritanya pun menarik. Sesekali teringat kenangan ‘berteman tapi mesra’ ngan suami masa umur 16-17 tahun dulu… Hihi…

2 comments:

chilun @ cik pau @ bibimie said...

FT is my super senior masa di UM dulu. dia mmg happening... i pun kagum dengan penulisan dia... tapi tak pernah ada koleksi buku2nyer... hihi.. :)

me_czar said...

Hihi.. saya pun baru ada 2 jer. TTD ngan Manikam Kalbu. Pastu pernah baca satu citer bersiri kat paper Metro. Tak tau dia dh publish ke blom. Tunggu Book Fair April ni nak beli lagi

Related Posts with Thumbnails