17 March, 2009

Al-Fatihah

Saya menerima perkhabaran, teman sebilik saya ketika di Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai terlibat dalam kemalangan awal pagi semalam dan telah kembali ke rahmatullah sejurus selepas itu ketika tiba di hospital.

Al-Fatihah untuk arwah… Suraya Yahaya.

Sedikit catatan tentang arwah:
Kami tinggal sebilik semasa di tahun 1 pengajian. Walaupun mengambil jurusan yang sama, tapi arwah berlainan kelas dengan saya. Jadi kami jarang jumpa waktu kuliah. Tapi kebanyakan masa di kolej kami selalu bersama. Saya masih ingat ketika sindrom Kush Kush Hota Hei melanda, kami sanggup bersusah payah mencari cd filem tu. Walaupun tak ada sub-tittle Bahasa Melayu, kami beli jugak. Pernah sekali kami sama2 'bersenamrobik' dengan lagu dari filem tu di bilik teman sekuliah. Seronok sangat waktu tu. Saya harap Ja, Nana, Mazz dan Dida (seandaikan kalian terbaca catatan ini) masih ingat kenangan kita bersama arwah tu.

Pernah juga waktu cuti semester, saya dan arwah bersama seorang lagi rakan sekuliah dan senior Blok H04, KTF pergi window shopping ke Sunway Pyramid. Perkara yang tak dapat saya lupakan, 3 daripada kami beli sepasang pyjamas yang sama di Watson (saya masih ada pyjamas tu) . Bila dah bayar dan keluar dari Watson, baru kami perasan yang ada sepasang pyjamas tersangkut kat bahu arwah. Mungkin masa sibuk memilih tu, arwah sangkut kat bahu dia. Memang nak pecah perut kami gelak masa tu.

Tahun ke 2, kami tak lagi sebilik tapi arwah masih lagi selalu ke bilik saya memandangkan 2 lagi teman sebilik saya merupakan teman sekuliah arwah. Kami mula jarang contact bila arwah tamat diploma dan mula bekerja. Sedangkan saya masih di UTM, meneruskan ijazah. Arwah merupakan salah seorang yang membantu saya dalam menyiapkan Projek Tahun Akhir.

Selepas beberapa tahun saya tamat pengajian, kami mula tak berhubung bila saya kehilangan nombor arwah & bertukar nombor baru. Sehinggalah saya mendapat perkhabaran tentang kemalangan tersebut, memang dah beberapa tahun kami tak jumpa. Hajat saya untuk melihat arwah untuk kali terakhir pun tak kesampaian. Cuma Al-Fatihah yang dapat saya sedekahkan. Semoga arwah tenang di sana & ditempatkan bersama orang-orang yang soleh & solehah. Amin...

2 comments:

Farul Azri said...

salam..

terima kasih kerana menulis tentang arwah suraya yahaya. beliau merupakan manusia agung yang pernah saya kenal dalam hidup saya. kami pernah berkongsi kasih seketika, tapi tiada jodoh dalam percintaan dan mungkin tiada jodoh langsung dalam dunia ini buat kami berdua..

kita yang masih hidup ini teruskan lah kehidupan.. kalau kita bercerita tentang arwah, janganlah kita bercerita tentang bagaimana beliau meninggal.. tapi kita berceritalah tentang bagaimana dia hidup.. kebaikkan² beliau.. dan dia akan terus hidup dalam hati kita masing².. inshaallah..!

semoga roh beliau ditempatkan dikalangan kekasih allah dan dicucuri rahmat dengan sebesar² rahmat dari allah taala..

al-fatihah buat suraya binti yahaya

sharil yahaya said...

terima kasih kerana memperingati arwah suraya binti yahaya..
saye, adik kepade arwah, sharil yahaya, ingin mengambil kesempatan disini untuk memberitahu jika arwah ada berhutang atau berjanji kepada kawan2 atau sesiapa sahaja, sila hubungi saya di 012-2689705, InsyaAllah saya akan tunaikan. sama2 kite sedekahkan doa kepada arwah, agar arwah aman disana. Tidak dapat saya ucapkan dengan kata2 atau tulis disini, pemergian beliau amat dirasai.. arwah adalah seorang yg baik hati dan penyayang.. bile tiba masenye, ale akan jumpe kaksu ye, sabar ye kaksu..
daripada adik arwah yg dirindui..

Related Posts with Thumbnails