12 March, 2009

Anak-anak versi pagi

Pagi td Nuryn bangun tersangatla awalnya. Pukul 6.30 dia dh terjah pintu bilik air sampai saya pun terkejut. Ingatkan abah dia yg bukak pintu. Kot nak bersiram sesama. Hehe… Rupanya dia dh menangis tengok saya tak ada kat sebelah, itu yang dia turun katil. Itu cerita Nuryn.

Muqry lagi kelakar.. Pukul 7 camtu tetiba dia bangun tidur menjerit menangis, cakap nk kencing. Saya cakap, “kalau nk kencing bukakla seluar, kenapa nak nangis2 camni”. Nak bukak seluar pun dia keraskan badan. Bawak pergi tandas lagi la dia menangis. Pastu dalam nangis2 tu dia ada mention “nak kencing kat *tuutt*”. Saya tak faham sangat sbb dia cakap sambil menangis. Dia buang air jugak kat tandas tapi asyik cakap “nak kencing kat *tuutt*”. Rasanya mcm faham apa dia cakap tapi macam tak logik pulak. Saya tunjuk cd kot dia nk pakai. Salah. Saya tunjuk pulak seluar. Pun salah jugak. Akhirnya saya bawak masuk jugak benda tu. “Ha.. nak kencing kat sini ker?” Dia siap nk masuk kaki dalam tu. Kena tepuk punggung sikit baru berhenti nangis dan cakap “nak kencing kat *tuutt*”. Terus mintak susu pulak.

Nak tahu kat mana dia cakap dia nak buang air tu?
.
.
.
.
.
.
.

Kat nursery bag dia. Apalah Muqry ni. Buat lawak pagi2. Lepas dia habis minum susu, saya tanya “kenapa Muqry cakap nak kencing kat beg? Muqry mimpi apa?”. Dia gelak jer..

Nota : Maaf yer saya tak gunakan sepenuhnya buang air kecil sebagai ganti. Saje nak kekalkan versi asal perbualan kami pagi td. Jujur you..!

2 comments:

Adwindaa said...

ish2... abislah tuuut tu kene air kencing... hehehe....

me_czar said...

Tak pun.. Dia dh membuang sblm tu kat toilet. Tapi tak sudah2 jugak nangis. Tu yang tunjuk beg tu kat dia. Rupanya betul dia cakap nk kencing kat beg. Mengarut! Ntah apa yg dia mimpi sbb bgn terkejut.

Related Posts with Thumbnails