09 March, 2009

Cerita pagi Ahad

Saya tertanya.. adakah breastfed baby ada deria ke-6? Kenapa saya terdetik begitu? Anak saya Nuryn, walau bagaimana nyenyak pun dia tidur, 98% dia pasti akan terjaga kalau saya tak ada kat sebelah. Abah tepuk pun tak jalan. Sedap sangat bau ibu dia gaknyer. Huhu...

Sebagai contoh, pernah saya bangun seawal 4 pagi sbb malam sebelum tu malas penat sangat & tak buat apa2 (basuh cd, kemas beg nurseri anak2, iron baju, etc.) Dalam pada nak siapkan apa2 yang patut, ntah berapa kali saya turun naik tangga sbb Nuryn terjaga. Letih mak.. terasa kurus.... peha.

Awal pagi semalam, saya nak cari beberapa maklumat di internet. Jadi saya turun ke bawah (lap top saya letak di bawah buat sementara waktu). Tak sampai 5 minit, dengar suara Nuryn menangis. Saya pun naik semula dan bf dia sampai terlena. Yakin dia dah puas bf, saya turun bawah. 5 minit kemudian, dengar lagi suara Nuryn & saya terkedek2 berlari2 anak naik atas. Kali ke3 dia dh turun dari katil sambil meraung. Saya pun dokong & bawa turun.

Saya tak nampak alternatif lain selain.....

Haha... saya gunakan sling. Nuryn sangat selesa, siap berdengkur kat dalam tu. Saya pun dengan tenteramnya boleh menghadap lap top. Agak2 dia dah lena, saya alihkan ke tilam. Sebab takut dia tak selesa pulak lama2. Yelah, badan dah panjang, kaki tergantung pulak. Percubaan pertama tak kekal lama, dia merengek jugak. Saya angkat dan letak semula dalam sling. Percubaan ke2 baru bertahan sampai saya selesai cari apa yang saya mahu.

Begitu kuat yer 'bond' antara anak yang menyusu badan & ibunya.

Selingan....
.

.

.

.

.

.

.


Anak kucing saya, Kathy yang mengada2 manja, tidur atas tilam yang digunakan oleh bapa angkatnya hubby saya semasa dia menonton tv. Over gitu!

3 comments:

m-i-o said...

anak aku pn sama.
pantang aku takde kt sebelah! aku bgn g toilet kul 2 pagi pn dia bleh bgn menangis. sabar je la...

tp, cuba klo aku sama baring dgn dia - ha, selagi aku tak bangun, selagi tu la dia pn tdo.

me_czar said...

Benda ni la yang membuatkan punch card aku merah hampir tiap hari. Asal aku nak bersiap jer, dia meraung2. Kalau tak "nak t*t*k!", "ibu mana?". Kadang2 aku biar je. Tapi abah dia pulak yang pening dgr anak nangis pagi2.

:: s o l :: said...

huhuhu syahmi pun begitu.. syahmi manja ngan ummi ye-wan ckp hehehe..

Related Posts with Thumbnails