30 March, 2009

Cuti

Saya cuti hari ni & esok. Nak habiskan cuti tahun lepas yang hanya boleh dibawa sampai bulan Mac tahun ni jer.

Macam2 saya plan utk hari ni. Tapi, nampak gayanya macam susah jugak nak dilaksana. Muqry & Nuryn tersangatla 'manja' hari ni. Manjang nak berkepit. Pantang sorang dekat, yang sorang lagi pun tak mau kalah. Ni Nuryn tidur barulah Muqry behave sket (elok habis jer saya taip statement ni, Nuryn dh terjaga pulak).

Pagi tadi, bagi Muqry & Nuryn tengok You Tube. Lepas tu, bawak diaorang main kat luar sekejap sementara saya mencantas pokok yang dah naik serabut.

Nuryn memang tak lepas peluang, bf like... hmmm... every 1 hour? Sambil2 baring bf Nuryn, dapatlah saya baca buku "Can You Keep a Secret" by Sophie Kinsella. Kalau tak sure terlena. Al maklum, kalau dah baring tu.

Muqry lak tak habis2 mintak saya lukis lorry, car, bus. Saya dapat idea... saya print je transportation colouring sheet dari sini. Selamat sesi melukis... Dia mewarna pulak.

Camne la gaknya SAHM dengan ramai anak boleh manage masa kat rumah layan anak & selesaikan house chores lagi? Saya yang baru dua anak ni pun tak terlayan. 5, 10 minit bolehla tinggalkan anak2 main sendiri. Lepas tu nak ibu jugak. Ni nak habiskan entry ni pun berjam2. dari tengahari td sampai la ni dh pukul 3.30 petang, belum dpt publish lagi.

Hmm.. baik saya publish dulu sebelum kena kacau ngan anak2.

No comments:

Related Posts with Thumbnails