03 March, 2009

Hari yang sengal!

Petang td KL di timpa hujan yang tersangatla lebatnya.. Mujur sejak kol 4 dh hujan so, by the time saya nak balik kol 6.30, hujan dah berhenti.

Menjadi rutin semenjak 3 bulan ni, saya pun jalan kaki macam biasa ke Stesyen LRT Ampang Park. Sampai2 kat eskalator, tgk org punyala ramai. Rupanya ada power failure. Saya turun gak ke bawah & tanya petugas Rapid KL.

"Ada power failure. Tapi tren jalan. Manually. Jadi tren jalan agak perlahan & berhenti pun agak lama juga."

Ok, saya tak kisahla kalau nk tunggu sekejap. Lagipun apa lagi alternatif yang saya ada? Nak minta hubby amek, lagi mustahil. Dengan nak bawak anak2 menghadap kesesakan.

Sambil berdiri menunggu dengan beg Spectra sandang kat bahu & cooler bag sangkut kat lengan, saya pun sambung baca buku New Moon. Fuuh... memang mandi peluhla tunggu kat bawah tu. Petugas pun asyik2 wat announcement, " Tren mengalami gangguan. Gangguan akan pulih sebentar lagi". Lebih kurang gitu r maksud dia. Dekat sejam saya tunggu, barula 1 tren lepas.

Kami sangat positif mesti ada tren lain menyusul tak lama lagi. Namun... "Sila maklum, gangguan mungkin berterusan sehingga sejam atau lebih". Aduss, punah harapan. Saya pun naik balik & refund tiket. Tak de harapan lain terus call Mr. Hubby mintak dia datang amek.

Rupa2nya jalan masih lagi sesak. Tak boleh jadi ni kalau nak hubby datang ke KL. Ntah pukul berapa sampai sini & ntah pukul berapa pulak saya sampai umah. Saya dapat satu idea.

Nah.. skang saya kat rumah dah siap mandi & basuh cd selepas adik saya sampai kat Ampang Park jam 8.30 td, menjemput saya naik motor dan memecut balik dengan kelajuan 100km/jam. Terasa macam minah rempit pulak.

4 comments:

m-i-o said...

fuh, sib baiklah aku xpyh nk melalui hari2 mcm tu lg - 2thn jd pengguna setia lrt, tobat beb!

me_czar said...

Memang tension.. Sebelum ni aku naik komuter. Dekat sikit Mr. Hubby nk amek. Tp nk tunggu kmtr lagi ar tension. So, dia kata tak pela naik lrt turun Sg. Besi. Tapi kena keluar duit tol la pulak dia nk amek kat sana. Harap2 cepatla semua ni berakhir.

chilun @ cik pau @ bibimie said...

ada option lain tak per ler... huhu..

me_czar said...

Tu kebetulan adik ada kat umah.. kalau tak nak kena tunggu jugak tren elok. Nasib hubby tak datang. PLUS highway hala ke KL sesak dari Sri Petaling lagi. Kete gerak lg perlahan dari kura2.

Related Posts with Thumbnails