27 March, 2009

It's all about Muqry

Malam tadi ketika saya sampai ke kereta (Hubby & anak2 datang all the way from Serdang ambil saya kat office), Muqry tengah mengira duit syiling Hubby yg ada dalam kereta. ‘One’ sampai ‘ten’ dah lepas. Bila sampai syiling ke 11 dia patah balik semula pada ‘one’.

Lepas dia mengira, kami suruh dia simpan semula syiling tu dalam bekas. Tak lama lepas dia bagi bekas syiling tu pada saya dia dengan penuh perasaannya Ibu, ada lagilah duit. Abang lupa nak simpan. Dia emphasized kat perkataan ‘lupa’ tu sampai hubby pun tanya saya siapala ajar dia perkataan lupa tu. Tau ke dia lupa tu apa?. Haha… adakah kami telah underestimate Muqry?

On the way balik, dapat panggilan yang maklumkan anak buah Hubby admitted kat KPJ Kajang. Jadi, dah alang2 belum sampai rumah, kami terusla ke sana. Kami bagitau Muqry yang kita nak pergi tengok Abg Farhan dekat hospital sebab dia sakit. Dh sampai hospital tu Muqry tanya Abang Farhan mati ker? Dekat hospital?. Adus… lagi sekali terkeluar perkataan dari mulut Muqry yang kami tak sangka. Hmm... sure dia tak faham lagi apa itu mati tapi, mana dia tau hospital itu ada kaitan dengan mati? Cepat sungguh dia menangkap ntah dari mana2 (tv mungkin?).

p.s. : Ketika menulis ini, Muqry berumur 2 tahun 8 bulan dan 3 hari

No comments:

Related Posts with Thumbnails