06 March, 2009

Jimatkan duitku Hijaukan bumi

Masih ingat entry ini?

Selepas terjebak dengan cd, saya mula buat perubahan drastik berikut:

1. Wet tissue/wet wipes kepada cloth wipes
2. Disposable menstrual pad kepada cloth menstrual pad

Cloth wipe

Bagi ibu2 yang mempunyai bayi yang menggunakan cd, apa kata hentikan penggunaan wet wipes? Jom kita guna cloth wipes pulak. Ada baby dengan kulit sensitive tak tahan dengan harsh chemical yang ada pada wet wipes tu. Lagipun, boleh basuh je sekali dengan cd. Mana2 poop tu sama kaedah ngan cd, just spray jer. Kebanyakan online shop yang jual cd mmg ada jual sekali cloth wipes nih. Tapi, saya buat sendiri jer. Lagipun masa tu anak dh 10 bulan, most of the time, cuci bum dia kat toilet instead of guna wipe. Guna wipes pagi2 masa nk tukar diaper sbb masa tu biasanya dia tidur lagi.

Camne nk DIY cloth wipe?

Saya guna 2 keping 8” x 8” flannel (kena lebihkan ½” untuk jahit).
Sbb tak de serger, jadinya saya jahit 2 keping tu, right sides facing each other. Tinggalkan at least 2” untuk terbalikkan. Lepas tu, terbalikkan & top stitch pulak.

Basic cloth wipe solution (untuk sekali penggunaan)

½ cawan air
2-3 titik baby oil
½ sudu kecil baby bath (maybe kurangla.. saya agak2 je bukan pakai sudu pun)

Cara bancuh, masuk baby oil dulu dalam air sebelum baby bath.

Penggunaan

Saya biasanya sediakan malam. Rendamkan wipe dan wipe solution dalam bekas tertutup. Esok pagi nk pakai, tinggal amek jer. Kalau nak keluar pun, buat benda yang sama. Ada juga org yang buat solution sekali banyak untuk stok seminggu lepas tu simpan dalam refrigerator. Bila nk pakai, just warm the desired amount of solution tu. Macam lecehla pulak.

Cloth pad

Saya juga mula gunakan cloth pad. Antara yang saya ada; Happy Heiny’s, Mommy’s Touch dan Padded Perfection. Yang paling saya tak gemar, PP sebab dia fleece dan bukan PUL backing. Kalau tengah heavy flow, memang boleh bocor. Saya prefer yang PUL backing & hemp sebagai inner core. Sbbnya selain lebih kuat daya serapan, hemp ni antibakteria jugak. Panty liner pun ada beli. Tapi bila compare harga dengan bendanya, lebih baik saya jahit sendiri jer. So, adalah beberapa panty liner yang saya jahit sendiri guna flannel.

Jadi, sekian celoteh saya untuk tajuk ‘Hijaukan Bumi”

Nota kaki: Saya bukan la pandai menjahit sangat tapi, sbb Dear Hubby dah belikan mesin jahit tu, kena la gunakan sepenuhnya. Kalau setakat jadi tukun, sure hubby tak approve lagi kalau saya request anything yang luar dari biasa.

14 comments:

nOnnie_sayang said...

salam.. nak blajaaaa....

now use wipes each time cuci poo Manja sbb kecik sangat, takkan nak angkut ke sink tengah malam kan? last time cuba gak basuh guna air je dan lap ngan tissue tp tak practical lak, tissue melekat kat bum dia. nanti tunjuk lah dalam blog ye myza, rupa bentuk cloth wipes tu..

me_czar said...

Salam..

Ha?? Mau tunjuk di blog? Buat 4 segi macam sapu tangan hadiah kenduri kawen tu. Saya beli flannel 1 meter (RM4+) dapatla beberapa keping. Terus terang saya tak pernah gunakan untuk bersihkan poo Nuryn (sbb mula guna cloth wipe dia dh 10 bulan), tapi samala cara gunanya dengan wet wipes biasa tu. Cuma.. kena spray la poop nya ke toilet kan.

Anonymous said...

mcm minat wat cloth wipe sendiri nih.. nak tanya kat mana beli flannel dgn harga RM4.00 semeter nih.... saya dh carik merata tak jumpa... ke org yg saya tya taktau rupa kain flannel...

me_czar said...

Bukanla RM4 tepat. Saya beli kat Nagoya & Kamdar. Biasanya dekat bahagian kain cotton

Anonymous said...

ooo ye ke? kamdar & Nagoya... mm saya baru pegi tapi tak jumpa... nk kena pi skali lagi nih.... nk confirmkan.. mcm mana rupa flannel ni sebenarnya ek..? ada mcm selimut baby? dia tak tebal kan? mcm berbulu sikit kainnya... betul?

me_czar said...

Flannel ni tak tebal. Ya.. dia cotton yang berbulu sikit. macam kena brush. Patutnya org kedai ni kena tahu jenis2 kain. Cubala cari lagi kat kamdar atau nagoya. InsyaAllah dapat. Tapi tang harga tu saya jadi was2 pulak. Ingat2 lupa kalau harga dia RM4++ atau bukan.

maryaaa said...

hehe sorry mencelah..flannel biasa kat kamdar kat area kain cotton..kat kamdar rm5.80. saya slalu beli kat kedai kain biasa (kedai india)..rm5.00 je semeter. kekadang budak keje kedai kain bukan tau pun nama kain.

mirah said...

mcm berminat pula. Blh tahu kain jenis flannel ni mcamane? kalau dapat tunjuk gambar lagi baik rasanya.. tq :)

me_czar said...

Adusss... hot topic pulak jadinya.

Nonnie, saudari yg tak bernama & mirah... insyaAllah hujung minggu nanti saya tunjuk camne saya DIY cloth wipes tu.
Hari biasa nak menjahit bagai tak sempatla... Huhu..
Harap bersabar yer. Tunggu...

nonnie78 said...

bagus.. bagus... kot nak amik tempahan lebih baguslah myza oiii.. sbb sy ni kalau nak menjahit ramai sangat tukang hayun roda mesin!!!!

Anonymous said...

salam.... sy nk tanya camna nk wat lapisan cloth pad tue... brpa lapisan...

me_czar said...

Saya akan post instruction how to DIY cloth pad yer.
Nak citer jer pun susah juga.

scudmami said...

sorry saje nak mencelah~ ari tu saya beli kain flannel kat Nagoya dalam RM4.20/metre. Kadang2 print dia comel sgt, kadang2 tu tinggal yg tak lawa... so kena pandai2 carik gaks.
Kat Kamdar tak pernah lak gi carik..
me-czar~ saya add link awak kat blog saya takpe ye... tq

me_czar said...

Saya pun dah jengah ke blog awak tadi. Dah tinggal jejak pun. Hehe..

Related Posts with Thumbnails