13 March, 2009

Kasut pulak...

Esok, anak bujang saya Muqry ada lawatan ke Zoo Negara dengan kawan2 se ‘Playgroup’ nya. Kebetulan Module 6 ialah tentang Animals. Jadi, memang elok sangatla Teacher Fara nak buat kelas yang terakhir & graduation kat Zoo. Membaca entry Mama Adib, buat saya terfikir sesuatu. Muqry pun tak ada kasut la... Yang lama dh tak muat. Takkan setakat pakai sandal Crocs tiruan Asadi jer esok? Malam ni gi belila jap kat Mines. Sian pulak dia kan kalau pakai sandal jer. Tapi, ntah2 kawan lain pun tak pakai kasut jugak. Hmm… beli jer la. Jangan sesal kemudian hari.

*Update*
Kami tak beli pun kasut Muqry. Saya nak singgah ke Bata, Mines saja. Tapi si dia nak ke Al-Ikhsan Bangi. Tak ada yang berkenan pun. Sudahnya kasut tak dapat, penat jer yang lebih (sampai meronda PKNS Bangi - lagi hampeh). Sorry Muqry. Harap2 ada kawan yang lain tak pakai kasut jugak esok.

1 comment:

Mama Adib said...

he he baru baca posting ni, takpe pakai apapun tak kisah, janji anak kita selesa *wink*

Related Posts with Thumbnails