11 March, 2009

Kualiti atau kuantiti?

Hujung minggu lepas, saya dapat kiriman sms dari sahabat baik. “Ada 2 line!”. Agak2 apa tu? Yer… sahabat saya tu pregnant, anak ke2. Saya tumpang seronok. Mulalah terbayang2 macam mana saya bawak perut yang memboyot suatu ketika dulu. Bila pula giliran saya? Yang pastinya bukan sekarang. Pengalaman membesarkan 2 anak yang rapat (Muqry & Nuryn cuma beza 1 tahun 1 bulan) menuntut kesabaran yang tinggi. Mujurla dua2 kehamilan saya tak mabuk langsung. Jadi, dalam tempoh mengandungkan Nuryn, saya masih dapat tumpukan perhatian pada Muqry. Tapi, sampai sekarang pun, Muqry memang manja lebih daripada Nuryn.

Dalam pada nak tambah anak, ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya. Teringat tulisan Ustaz Hasrizal yang pernah saya baca.

Sunnahkah meramaikan anak?

“Macam ini, Hasrizal,” Ahmet mengajar saya.

“Selesakah begitu? Macam pelik pula gayanya,” saya membalas.

Ahmet mengajar saya bagaimana mendodoi anak cara Turki. Kaki bapa dilunjurkan dan kemudian anak ditelentangkan di sepanjang kaki dengan wajahnya mengadap wajah bapa.

“Nampak cute pula si Saif ni”, saya tersenyum sambil mencuba.

“Sambil berbaring, gerak-gerakkan kakinya supaya kuat,” kata Ahmet sambil membengkok dan meluruskan kaki Saif.

Saif hanya ketawa kecil. Dia sendiri bukannya bayi kecil lagi. Sudah dua tahun.

“Sekejap masa berlalu, kita semua sudah jadi bapa, kan?” saya menoleh kepada Ahmet.

“Ya, memang cepat masa berlalu,” jawab Ahmet.

Salji di luar masih rancak turun memutihkan pinggiran Afyon. Muna, isteri saya, bersama Ferde, isteri Ahmet, sedang sibuk memasak di dapur.

“Ahmet…” saya terpaku mengadap tingkap yang kelam oleh nafas saya di cermin.

“Kenapa akhi?” Ahmet menoleh.

“Kamu jangka kamu akan ada berapa anak?” saya bertanya dengan jujur.

“Hmm… berat soalan kamu tu, Hasrizal,” Ahmet membetulkan duduknya. Kedua belah tangannya diusap-usap berhampiran pemanas di tengah bilik.

“Siapa tidak mahu anak yang ramai? Bukankah Peygamber Muhammad sendiri bangga dengan umatnya yang ramai,” kata Ahmet.

“Ada tapikah selepas itu?” saya tersenyum.

“Ya, ada tapinya. Apakah ramainya anak kita, menambah ramai umat Muhammad?” tanya Ahmet.

“Apa maksud awak?” saya mahukan kepastian.

“Apakah semua anak kita membesar menjadi umat Muhammad?” tanya Ahmet.

Soalan Ahmet itu meninggalkan kami berdua sunyi melayan fikiran. Saif dan Abdul Kadir terus bermain di ruang tamu rumah. Hairan saya, seorang bercakap Irish, seorang lagi berbahasa Turki. Bagaimana dua anak kecil ini boleh saling memahami?

“Apa yang membimbangkan kamu?” saya bertanya kepada Ahmet.

“Masa saya kecil, Turki memang sudah rosak. Tetapi kerosakannya di bandar-bandar. Kampung masih subur dengan Islam. Sekurang-kurang sopan santun dan adab masih kuat mempengaruhi kehidupan. Saya selamat membesar dalam suasana itu,” jawabnya.

“Tetapi hari ini, kejahatan sudah masuk ke kampung-kampung. Malah dalam sesetengah keadaan, suasana di kampung lebih membimbangkan. Mampukah anak saya selamat dibesarkan dalam suasana itu?” sambung Ahmet lagi.

“Ya, di tempat saya pun sama. Suasana di kampung kadang-kadang lebih menakutkan. Hiburan sama banyak, tetapi kuasa membeli rendah. Maka macam-macam jenayah yang berlaku,” saya menyambung.

“Habis, kamu pun mahu anak ramai ke, Hasrizal?” tanya Ahmet.

“Ntahlah. Rezeki memang rezeki. Tetapi saya terasa macam kewajipan membesarkan anak dengan baik, lebih besar dari galakan meramaikan zuriat!” saya mencelah.

“Tidak semua orang boleh setuju dengan pandangan kamu itu,” tegas Ahmet.

“Usahkan orang lain, saya sendiri pun tidak menyetujuinya. Tetapi saya tidak dapat membohongi perasaan yang menghantui diri. Inilah sebenarnya yang saya rasakan di dalam diri,” saya mengeluh.

Saya menarik tangan Abdul Kadir dan mengusap kepalanya. 20 tahun yang akan datang, ketika saya mencecah usia 50 tahun, bagaimanakah agaknya keadaan Abdul Kadir? Mampukah dia menjadi sebahagian daripada kebanggaan Nabi Muhammad SAW?

Soalan itu bukan untuk Abdul Kadir, mahu pun Saif. Saya dan Ahmetlah yang perlu menjawabnya.

Kami sudah membawa mereka hadir ke dunia ini, bagaimanakah pula pek bekal iman untuk mereka dihantar ke masa depan yang serba menakutkan?

Perbualan kami terhenti oleh sapaan Ferda.

“Cukuplah berbual tu. Mari ke hadapan kita makan tengah hari,” panggil Ferda bersama isteri saya dari ruang makan.

Salji putih yang dingin Disember 2003 menghantar saya ke sebuah persoalan, manakah yang lebih utama, ‘mengejar galakan Islam pada meramaikan anak, atau memastikan anak-anak dapat dibesarkan dengan selamat di fitnah akhir zaman ini?’

Semoga Allah menjadikan saya seorang ‘wira’ yang tidak perlu memilih antara dua…

Sumber : Buku 'Aku Terima Nikahnya' dan juga boleh dilayari di www.saifulislam.com

Seperti beliau, kekhuatiran itu juga yang menghantui saya. Kualiti atau kuantiti? Sampai kini, kalau ada yang bertanya, “plan nk anak berapa?”. Saya tak tahu nk tetapkan angkanya. Hmmm… apa pun rencana Allah untuk saya, pastinya yang terbaik untuk hambaNya yang hina ini…

9 comments:

Mommy Lyna said...

berat jugak persoalan ni kan.

hahaha.

saya dulu terasa nak anak ramai2. tapi ada dua orang ni... tiba2 rasa.. "mampukah daku??"

oh...

me_czar said...

Lagi pulak keadaan dunia sekarang; pengaruh kafir begitu meluas. Bimbang terlepas pandang anak2.

Hafiy & Fahry tak jauh beza dari Muqry & Nuryn, kan. Memang mencabar... tapi, mudah2an kita berjaya juga dalam mendidik mereka.

Eh, Lyna... baru perasan, 4 anak kita nih ada huruf Y la... Macam ibunya juga. *wink*

:: s o l :: said...

myza,
sol nak anak ramai.. macam family sol, sol ada 7org adik beradik.. seronok sgt ramai2..

tp dh dapat sorg ni pun huhuhu aku dh terpikir gk- mampukah aku? dhle syahmi kluo ikut tingkap huhuhu leha terdetik gklaa kt hati kalu pas2ni pun sume ikut tingkap mana leh ramai2 huhuhu~~

tp xpelah,
Allah tau apo yang terbaik utk kita kan.. ada rezki xkemana.. kalu xde rezki pun sume ada hikmahnya..

**tringin nak baby girl plak! wakakakakaa.. ;p**

syahmi pun ada y ahaks.. tp yg sama ngan ummi dia S pangkal nama hurup la hahahaha..

:: s o l :: said...

myza,
tetiba tringin nak baca buku 'aku terima nikahnya' tu.. tp sol xsuka baca online, sakit mata.. nnt carik kt kedai laa hehehe..

Zety Zin said...

en. suami sudah ngendeng2 tanya saya bila nak yang no 3? patutkah ku jawab? huhuhu.

ada 2 org ni pun dah rasa macam tak terkejar. mampukah?

me_czar said...

Sol : Anak ramai pun bagus. Tapi kena pastikan kita laksanakan t/jawab kita dalam memastikan pek bekalan iman mereka cukup utk menghadapi hari muka.
For info... Muqry pun ikut tingkap tapi Nuryn normal.
Memang lagi best baca bukunya dari baca dari web saja. Dia nak keluarkan 2 buku lagi tau.

Zety : Selagi umur masih muda apa salahnya, kan. Tapi suami isteri kena berganding bahu la memberi yang terbaik utk anak2. InsyaAllah mampu...

chilun @ cik pau @ bibimie said...

menanti yang ketiga penuh debaran. maklumlah dengan ekonomi gawat dan menangani anasir2 kurang sihat yang berleluasa skang nih... mampu tak mampu kena usahakan juga... semoga Allah lorongkan jalan yang terbaik bagi hamba2 yang berusaha. aminn...

me_czar said...

Bie : Mudah-mudahan... Amin...

mamaamana said...

tak nak ramai sangat
kalau ramai sangat terasa sedih di hati kalau tak mampu bagi the best utk anak
anak nak ituini tak boleh beli sbb kena budget
kalau benda merepek tak dapat belikan takpelah..ini benda simple pun kena berkira abb budget tight..sungguhla sedih hati seorang mama ne

Related Posts with Thumbnails