13 March, 2009

Sandal lagi...

Kenapa perihal kasut/sandal menjadi sangat popular kebelakangan ni yer? Hasil loncatan saya ke beberapa blog, terjumpa cerita pasal kasut/sandal di mana2.

Bila jenguk ke bawah, sandal Bata saya pun dh mintak ditukar rupanya. Sikit hari lagi, kalau kena mengharung hujan lagi, alamat ternganga la jadi mulut buaya. Memang dari hari tu lagi dh cakap ngan hubby macam nk beli sandal yang elok sikit. Sandal Bata ni, wat menapak ke LRT, rasa macam berkaki ayam je lagaknya. Keras. Tak best langsung. Pulak tu tapak pun dh haus. Banyak kali jugak saya buat aksi sbb hampir2 nak terlentang. Syukur blm terjadi lagi.

Teringin nak beli sandal Scholl. Siap dh recce mana yang berkenan. Sandal termahal pernah saya beli ialah pada 10 tahun lepas. Scholl juga, berharga RM119.00. Tu pun pakai duit biasiswa JPA. Hahah… Mak ni memang kedekut. Tak sampai hati nak beli kasut/sandal mahal2. Tapi sama jugak kot pengiraannya… Beli sandal RM30.00, tapi tiap 4, 5 bulan nk tukar sekali. Baik beli yang mahal, sekali beli tahan 2,3 tahun? Ntah.. tak ingat berapa lama saya pakai sandal Scholl tu, tapi memang sampai berlubangla tapak dia saya lanyak. Punyala selesa.

Hari tu masa hubby terlajak tidur & sebabkan punch card saya merah, dia siap sms pujuk “apa kata malam ni, kita gi beli sandal yang syg nk tu”. Tapi, saya punyala baik.. nak balik umah cepat punya pasal saya cakap tak nak beli (habis kalau sampai umah lambat, saya jugak yang kena tido lewat nak siapkan kerja rumahtangga. Pandai… ajak org shopping hari kerja).

Tapi, nampaknya macam nak kena tukar jugak sandal nih. Sandal lain yang ada kat umah tu tak sesuai.. bertumit bagai.

Hmm.. “Abang, offer abang tu valid lagi ker?”. Nanti, jangan buat2 tak tau yer. Macamla kita tak tau dia baca

No comments:

Related Posts with Thumbnails