25 March, 2009

Panggilan manja

Dapat inspirasi untuk entry ini dari Fid.

Apakah panggilan manja anda & suami? Baby? Honey? Dear? Bucuk? Saya dan Hubby, biasa2 jer.… Saya membahasakan diri dan dipanggil oleh Hubby sebagai SAYANG dan Hubby pula saya panggil ABANG. Typical Malay eh?

Teringat rentetan panggilan manja kami dulu..

1996 sebelum declare : AKU & KAU sajer

1996 selepas declare : MY.ZA & A.YILE (read: A.yil) ish gediks… tak pernah seumur hidup saya gunakan nama sendiri sebagai ganti nama

1997 : SAYA & AWAK (wah… mak sangat lega… Balik dari cuti panjang hujung tahun tetiba sahaja panggilan bertukar)

2004 lepas bertunang : SAYA, AWAK & ABANG. Saya mula memanggil tunangan sebagai ABANG. Tapi masih lagi membahasakan diri sebagai SAYA.

Kahwin 2005 : Saya dah lulus panggil suami dengan panggilan ABANG. Tapi tiap kali nak membahasakan diri sebagai SAYANG, tergeliat lidah tau…

2006 : Mula membahasakan diri sebagai IBU bila Muqry lahir (untuk Muqry je la.. Untuk abah Muqry maintained Sayang. Kadang2 terlepas jugak)

Dapat disimpulkan, saya memang sangat selesa membahasakan diri sebagai SAYA dengan keluarga (ibu bapa, atuk, nenek, makcik, sepupu sepapat & ipar) dan sebahagian kawan-kawan. Semasa masih hingusan dulu pernah juga bahasakan diri sebagai ORANG. Tapi tak kekal lama. Bila meningkat dewasa, SAYA lebih selesa.

Sedikit pengecualian, saya bahasakan diri sebagai AKU dengan kawan sekolah dan sebahagian kawan UTM. Owh... juga dengan kakak & adik2 saya. Kasar bunyinya untuk adik beradik kan? Tapi tak tau la camne kami dulu boleh gunakan ganti nama AKU & KAU. Tentu masa kecik kami ada panggilan lain. Hmm.. kena tanya kakak saya kalau dia masih ingat.

Cuma satu yang lain, saya bahasakan diri saya dengan Mamaamana, sahabat saya sejak 16 tahun yang lalu sebagai…… KITA. Comel tau bunyinya. Ahaks..

Jadi, anda bagaimana?

5 comments:

your abang said...

ada ke ayil/myza?
huhu...

me_czar said...

Ada... tapi sekejap sangat.

:: s o l :: said...

botak siap lupa.. denda dia, myza! ;p

nasib bukan tag, kalu x dah kne wat hahaha~~~

me_czar said...

Sol : Memang.. geram gk memula. Rasa macam nk delete jer komen ittew. Tapi tak nak la.. saya nk jd blogger yang jujur. ;P

Tag? Menarik jugak tu.. Sila buat yer Sol.

:: s o l :: said...

cissssssssss... ;p

Related Posts with Thumbnails