21 March, 2009

Pengalaman bersalin 1

Inspired by M.I.O & Fid.

Nak cerita jugak pengalaman bersalin.

Ni cerita pasal Muqry..

Muqry ni sejak minggu ke 26 dia memang dalam kedudukan songsang. Extended breech istilahnya. Kami mmg check up kat Az-Zahrah, Bangi. Konon nak bersalin kat sana.

Tapi bila saban minggu si hero ni tak berubah jugak kedudukannya, ada yang suggest saya gi bersalin kat HUKM. Manala tau kot ada pape kan..

Bila gynae HUKMSC tgk, dia pun suggest c-sect aje la. Sbbnya susah jugak nak bersalin normal dengan keluarkan punggung baby dulu. Dhla belum pernah ada jalan. Risiko tu…

So, kami pun pilih 26 Julai 2006 atau 1 Rejab sempena anniversary kawen kami yang pertama dalam bulan Hijrah.

Hari Ahad, 23 Julai 2006 saya ajak Hubby gi beronggeng kat Jusco Maluri. Nak pulun sume benda sebelum kena melalui episod pantang yang mengerikan. Saya masih ingat saya pi makan McD. Pastu makan pulak yogurt DL secawan. Tak cukup ngan tu, gi beli sepotong Oreo Cheese Secret Recipe. Tapi tak larat nak makan sbb perut dh penuh.

Malam tu dalam kol 10 lebih, perut rasa tak sedap. Ya… bermula episod mengunjungi tandas. Pukul 12 lebih terjaga lagi & kemuncaknya pukul 2 pagi tu dh ada blood stain. Sebelum tu Hubby siap cakap kalau kol 4 tak hilang jugak cirit birit kita g klinik. Nasib tak tunggu lagi. Kalau tak alamatnya terberanak dalam kereta la kot. Rupanya selama 4 jam tu dh ada contraction tapi saya yang tak tahu itu contraction. Ingatkan sudah plan for c-sect tak merasa la contraction nih. Rupanya itu budak bertuah nak keluar awal.

Sampai HUKM kol 3 pagi, jalan sudah bukak berapa tau… 7 cm! Tak lama pastu water bed pun pecah. Nurse siap cakap “Puan tau kan tak boleh bersalin normal, tahan yer jangan teran. Gynae dalam perjalanan”. Adus memang mengepit tahap maksima betulla.

Bila gynae dh sampai & dh cucuk bius, wah.. leganya rasa… Sementara gynae dok membelah dan menguak lemak rahim saya, saya ikut hampir keseluruhan proses tu melalui reflection dari lampu atas kepala. The moment terburai terbuka rahimku, toinggg!!! Terkeluar sebelah kaki yang kiut miut. Lepas tu gynae pun seluk keluarkan kaki lagi sebelah sebelum “mommy.. it’s a boy”. Lahirlah Raja Ammar Muqry pada pukul 4.35 pagi, 24 Julai 2006.

Pengalaman pantang tak best langsung. Tapi ada lagi pengalaman yang mengerikan+menyedihkan lepas bersalin Muqry ni. Nanti ada kesempatan mak mengarang lagi okeh.

5 comments:

:: s o l :: said...

thniah krn tlh bjaya melahirkan seorang manusia.. :)

sol br je cite awal2 peknen kt blog syahmi. pngalaman bsalinnye ntah entry ke bape baru sampai tu wakaakaka. anyway, sol emergency caesar. kesimpulannye, sol caesar pun caesar, bawah pun kene jahit sbb dah push pun. 1st timer dah merasa dua2 hahahaha..

rindu plak 40minggu nan indah itu ahaks ;p

me_czar said...

Apa lagi... sila tambah ahli keluarga.

Muqry tu baru 5 bulan, kami dh tambah lagi tau. Ahaks..

nonnie78 said...

myza, mmg best bersalin c-sect, sbb dpt tgk isi perut sendiri dan lemak2 yang banyakkkkkkkkkk. tak semua orang berkesempatan tau tengok suma ni. for me nak kata takut tak kot sbb dah 2 kali tengok episod kelahiran anak melalui cermin lampu dalam OT tu. tak yah pun rakam kat videocam, live lagi! hahahahah...

me_czar said...

Nonnie : Ya betul... tapi bila part nak menjahit tu dh tak larat nk tengok. Time tu la rasa ngantuk, nak muntah, etc

:: s o l :: said...

wah korang elektif caesar kan, bestnye bulehlaa larat nak tgk sume.. aku yg emergency caesar ni, dh xmampu nak bukak mata. pjalanan dr labor room ke operation room yg kejap tu (sbb doc tolak laju giler, kata emergency kan) aku rs sikit punye lama sbb dok tahan sakit tapi xleh nak push huhuhu..

dh selesai cucuk bius mmglah satu kelegaan yang teramat sume sakit ilang. aku just tunggu suara tangisan yg menandakan anak aku dh selamat, alhamdulillah dan pandangan ku terus gulap gulita........ aku pengsan tido xhengat dunia hahaahahaha. baby pun dapat tgk lambat..

sengsara emergency caesar. xpelah yg penting sume selamat, alhamdulillah. ada kejadian lps aku selamat bsalin tu yg buat aku insaf sampai menangis2. tp xkn nak wat karangan kt sni plak. tak seswaiiiiiiiiiii~~~ hahahaaha

myza,
sol pakai pdinding laa.. nnt2 laa tambah ahli keluarga. aim nak exclusively bf syahmi sampai 2thn insyaAllah then br piki nk tambah tp tgh geram tgk baby girl hahaha siap bukak buku cari nama. boley? ;p

Related Posts with Thumbnails