14 April, 2009

Tag - Hobby

Saya telah ditag oleh Maryaaa.
  1. A title of your hobby
  2. A brief story
  3. Photos to support of course lah
  4. Tag others which you think might have an interesting hobby to share. Could be juz one person. Enuff.
Oleh kerana hobi menjahit saya dah cerita di sini dan sini, saya kisahkan tentang hobi saya yang satu lagi ni la. Tapi, seperti menjahit, hobi ni pun ada pasang-surutnya.


Saya dan Buku 2 (kesimbungan dari entry
ini)

Sejak dari bulan Januari, saya mula membaca novel semula. Semua ni bermula bila kawan saya, AK bawa buku P.S. I Love You ke PD. Hubby sibuk main Uno dan anak2 pulak sibuk mewarna. Jadi, saya isi masa lapang dengan baca buku tu.

Sejak dari tu, saya mula pinjam buku dengan AK. Tak kisah buku apa pun, asal dia bagi saya baca. Setakat ni saya dh habis baca buku2 ni:-


Saya memang tak banyak koleksi novel. Semenjak balik kerja naik lrt ni, saya ambil peluang baca buku dalam train. Sebelum ni, masa suami hantar & ambil dari pejabat, saya gunakan masa dalam kereta untuk pam.

Sekarang saya baca 2 buku sekali gus:-


The Nanny Diaries untuk baca dalam train dan Can You Keep A Secret baca sambil baring bf Nuryn.

Tak ingat sejak bila saya mula minat membaca. Tapi masih kekal di ingatan, masa darjah 1 saya masuk pertandingan bercerita di sekolah saya, SRK Perempuan Pudu Dua. Cerita yang saya bawa, Awang Kenit Jumpa Telur Ayam. Buku tu memang favourite saya tau. Masih saya ingat antara ayat dalam buku tu "bau rumput membuatkan perut Awang Kenit rasa lapar". Hehe...

Lepas tu, masa adik saya 3 atau 4 tahun saya akan bacakan dia cerita dari buku Ceritalah Lagi. Ada satu dialog tu yang adik saya akan gelak terkekek tak hengat punya, decribed pasal b*bi. Lebih kurang ginilah "kakinya pendek-pendek, hidungnya penyek-penyek"

Dulu2 masa saya kecik, Acik saya yang kerja kat Wisma Putra bersebelahan Dewan Bahasa & Pustaka akan belikan saya buku tiap kali datang ke rumah kami di Serdang. Selain buku terbitan Dewan Bahasa seperti Siri Ceritalah Lagi & Tidurlah Sayang yang saya ada, saya juga suka kumpul siri alih bahasa penyiasatan Alfred Hitchcock, Enid Blyton & Nancy Drew.

Bila dah meningkat remaja, saya kumpul pulak buku tulisan Ahadiat Akashah, antaranya Budak Setan, Budak Rap, Sleeping Beauty '95. Tapi sayang, semua buku tu tiada lagi dalam simpanan selepas dipinjam oleh seorang kawan yang tak pernah pulangkan hatta sebuah buku pun. Frust saya.

Ada satu masa, saya dan kakak sewa novel Inggeris dari kedai sewa buku kat Kotaraya. Maklumlah novel Inggeris ni boleh tahan harganya.

Kemudian, seiring dengan pertambahan usia, saya mula membeli buku dari genre yang lain. Novel pertama yang saya beli selepas sekian lama bersara dari membeli novel ialah Tunggu Teduh Dulu dan selepas itu Manikam Kalbu (la... 2 jer ke novel saya? Yang lain sumer pinjam? Huhu....). Nak buat novel2 Inggeris sebagai koleksi, rasanya tak la kot... Pinjam jer dari AK nanti. Boleh kan?

Lepas habis baca 2 buku ni, saya ingat nak baca pulak koleksi buku hubby yang sepatutnya saya ulit lebih dulu dari novel2 di atas.

Itu sajalah bebelan saya tentang hobi membaca. Teringin juga nak tahu hobi Mamaadib, Mirah dan Lia. Kalau ada masa, silalah brag di blog anda pula ya...

P.s : Saya post entry ni lepas office hour tau... Draft lama dah

3 comments:

maryaaa said...

"selain buku terbitan Dewan Bahasa seperti Siri Ceritalah Lagi & Tidurlah Sayang yang saya ada, saya juga suka kumpul siri alih bahasa penyiasatan Alfred Hitchcock, Enid Blyton & Nancy Drew.

Bila dah meningkat remaja, saya kumpul pulak buku tulisan Ahadiat Akashah, antaranya Budak Setan, Budak Rap, Sleeping Beauty '95."

samalaaa kita ropenyer...

:: s o l :: said...

wah baru je post psl undomestic goddess haha..

nasib tak kene tag ni wakakka legaaaaa~~~ ;p

anyway,
myza penah baca 'bila sena kembali berbunga' by amaruszati noor rahim? it's my fave. :D

me_czar said...

Maryaaa : Ye ke? Maryaaa pun kumpul buku sama? Best kan.. Masa tu Ahadiat Akashah glam. Skang saya nk kumpul buku Faisal Tehrani pulak

Sol : Siapa penerbit buku tu? Senang tak nk cari? Macam berminat jer. Sol dah baca Tunggu teduh Dulu tulisan FT? Pun best jugak.

Related Posts with Thumbnails