19 March, 2009

Too good to be true... oh Maya

Ditakdirkan… di suatu petang yang indah, saya terjumpa laman ini hasil terjahan ke blog kawan-kawan.


Oh.. Maya… kagum betul tengok hasil kerja dia nih. Sangatla halus kerja tangan dia. Tengok tutorial dia macamana nak jahit itu & ini pun macam senang jer. Harus saya tengok semua previous entry (gulp.. bila tahun baru nak abis baca ni? Skang je dh 495 entry).

Saya memang suka menjahit.. turun daripada ibu terchenta. Masih ingat, masa kecik2 dulu, bila dia menjahit jer, saya mesti duduk kat sebelah mesin jahit. Time dia potong baju pun saya menyibuk sama. Masa tu macam2 dia jahit, blouse, skirt, baju kurung moden. Tapi yang turun kat saya cuma baju kurung jer (dh itu jer yang senang). Selain menjahit, ibu juga pandai mengait. Cross stitch pun banyak. Saya pun pernah terpengaruh juga nak ber cross stich di zaman remaja dulu. Nah… dah 14 tahun rupanya cross stich pertama saya tu tak siap2. Hahahaha…

Projek pertama yang saya buat ketika berumur 13 atau 14 tahun menggunakan Mesin Singer ibu (yang warna hitam tu… nasib dh tukar guna motor. Kalau tak jenuh nak mengayuh(?) mesin) ialah chair pad cover. Lepas tu saya mula buat hair band, cadar & sarung bantal dan benda simple yg lain. Baju kurung pertama yang saya potong & jahit sendiri mungkin selepas SPM.

Semenjak tinggal sendiri & ada mesin jahit sendiri, saya mula berangan rancang nak jahit macam2. Setakat ni, baru berjaya buat cloth diaper yang tak siap2. Bila tengok hasil tangan Maya, lagilah berkobar2. Tapi, saya ni biasanya semangat jer lebih tapi, perlaksanaan selalu fail. Huhu… satu persoalan.. adakah saya kreatif macam Maya? Hahaha… takper2 kreatif boleh di asah. Kan Maya, kan?

Jadi adalah saya amat berbesar hati sekiranya saya antara insan bertuah yang dapat memiliki buah tangan Maya seperti di atas. Manalah tahu dengan hadiah tersebut dapat menjadi pemangkin untuk saya meneruskan projek menjahit saya & mengasah kreativiti saya yang terbenam di lubuk hati yang paling dalam. Oh.. Melly & Elman… pililah daku jadi pacarmu.. eh silap pemenang itu.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

Maya said...

hi myza..

yer sama.. saya pun dulu guna mesin singer mak saya yang sebaya saya.. tapi warna putih..

:D

tq for joining the giveaway..
gud luck yer!

Related Posts with Thumbnails