02 March, 2009

Wajarkah?

Misteri ajal bayi
Oleh Adnan
Mohamadam@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan berusia 14 bulan yang ditinggalkan ibunya dengan hanya ditemani seorang kakak berusia tiga tahun di rumah mereka di Taman Mesra, Gua Musang, meninggal dunia dalam keadaan misteri, semalam.

Bayi malang itu mempunyai kesan cedera di kepala dipercayai akibat hentakan benda tumpul hingga membawa kepada kematiannya.
…………………

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa sering ditinggalkan dengan hanya ditemani kakaknya di rumah dan sekali-sekala dihantar ke rumah datuk mereka di Jertih, Terengganu.

**Sila baca berita sepenuhnya di hmetro.com.my sebelum baca entry saya ini.

Tergamam, blank, tak tau nak komen apa. Yang terbayang di fikiran, cuma 2 anak saya. Nuryn 18 bulan & Muqry, 2 tahun 7 bulan. Lebih kurang sama macam anak2 dalam petikan akhbar nih. Tak akan sesekali saya tinggalkan mereka berdua jer kat rumah. Hatta nak ke bilik air, saya tak berani tutup pintu dan pastikan saya boleh nampak kelibat mereka.

Saya harap akhbar laporkan benda yang salah. Mesti ada org dewasa dengan anak2 nih. Mustahil cuma berdua jer. Budak baru 3 tahun, apala yang boleh di harap. Banyaknya persoalan… Kenapa... kenapa?

No comments:

Related Posts with Thumbnails