28 April, 2009

Bacakan saya satu cerita

Hohoho... sibuknya saya minggu ni. Semalam langsung tak sempat nak mengemas kini blog. Hanya sempat lompat & tinggal jejak pada beberapa blog terpilih sahaja. Ingatnya kat rumah baru nak ganti balik masa yang tak ada tu. Rupanya kesibukan kerja di pejabat membuatkan badan dan otak sama letih. Lepas tidurkan anak.. saya pun tidur sekali.

Apa yang saya nak cerita ialah perihal bibik malam tadi. Saya nak masak makan malam & Nuryn tak puas didokong. Muqry pulak meraung-raung suruh saya duduk dengan dia. Jam dah menunjukkan pukul 8.35. Nak tak nak, saya kena mula masak. Hubby pulak tak ada. Jadi, saya suruh bibik bacakan buku cerita pada anak-anak sementara saya masak sekejap kat dapur. Kedengaran dari dapur, bibik merangkak-rangkak baca. Anak-anak pun dah mula tenang dari tantrum. Tak lama lepas tu, tak dengar lagi suara bibik. Dengar pula suara Muqry main-main dengan adiknya. Saya pun intai dari dapur.

Cis... saya terus ambil handphone dan snap gambar ini..

.


.


.


.


.



*Sila abaikan rumah saya yang bersepah. Dia memang tak pandai mengemas. Sekali ketuk, sekali jalan* Patutlah senyap, dia bacakan buku cerita untuk diri dia sendiri rupanya. Tengok, Nuryn panjat atas meja pun dia biarkan jer. Geram tak?

3 comments:

m-i-o said...

aduyai. pening betul tgk bibik ko ni myza!

susah2 aku je la jadi bibik ko.

keje umah + homeschool + ibu susuan nuryn di saat2 genting + seorang kawan lelaki yg comel utk teman bermain + 6pg hingga 6ptg = 3k sebulan.

amacam? DEAL? kahkahkah:)

me_czar said...

Nasib badan...
Aku masih di pejabat lagi kalau pukul 6 tu.
Kalau boleh extend sampai 9pm bagus juga, boleh dipertimbangkan (ececeh.. macam banyak duit pulak aku).

chilun @ cik pau @ bibimie said...

ahahaha... dia yang leka baca buku cerita ek... kui kui kui..

Related Posts with Thumbnails