26 April, 2009

Cooking marathon

Fuh... keseluruhannya hari ni saya masak 13 pot nasi, 2 1/2 ekor ayam dan sebiji kek coklat. Menu hari ni ialah nasi ayam. Ada acara apa? Oh... acara berkumpul adik beradik. Biasanya setiap hari Ahad, kami akan berkumpul di rumah ayah. Tapi, minggu ni ayah & ibu berbulan madu ntah kali ke berapa ke Aceh pula. Jadi, saya ajak kakak & famili serta 2 orang adik lelaki kumpul makan-makan di rumah saya saja.

Dah lama tak masak banyak-banyak camtu. Seronok tengok semua yang dimasak cuma bersisa sikit saja. Anak-anak pun seronok bukan main, seharian tak tidur. Sampai dua kali lah mandi pool kat carporch td. Ni baru kejap pengsan kepenatan.

Acara makan-makan dah selesai. Sekarang acara tidur-tiduran pula. Saya pun dah mula terasa penatnya. Dah....

No comments:

Related Posts with Thumbnails