20 April, 2009

Jalan-jalan cari buku

Seperti yang dirancang, saya ke PWTC Jumaat lepas, mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa 2009. Hubby tak dapat ikut tapi dengan rela hati hantar dan jemput kat PWTC dengan berbekalkan bajet tak seberapa. Disebabkan bajet amatla ketat, saya siap2 dh senarai buku apa nak beli & anggaran harganya.

Sampai sana, teruja betul tengok buku2 tu semua. Lebih2 lagi buku untuk anak-anak la… Kalau ada riban2 pun saya boleh habiskan.. Tapi, saya berjaya jugak merasionalkan minda, menahan nafsu supaya hanya beli buku dalam senarai jer. Ok… tak semuala, ada jugak yang tak termasuk. Buku2 yang saya nak semua dapat beli. Cuma 1 je saya cancel sbb macam tak relevan sangat. Anjung Seri pun tak beli sbb saje tak cari tak jumpa booth. Saya dapat belikan buku cerita terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk Muqry & Nuryn. Satu set tu ada 50 buah buku cerita untuk 3 tahap bacaan. Ala2 Key Words with Ladybird – Peter & Jane tu la. Sebab buku2 tu semua terbitan lama & kulit buku pun dah tak berapa elok sangat, diaorg jual murah.
Kebetulan, dapat pulak jumpa Faisal Tehrani. Hahaha… dapatla dia tinggal tanda pada buku2 dia yang saya beli. Kali ni saya cuba beli hasil tulisan dia yang agak berat. Dia pun dh maklumkan awal2, kena tumpu betul2 baru bleh faham. Huhu… alamatnya makan tahun la baru habis baca kalau setakat baca 2, 3 muka kat dalam train.

Saya pulang dengan baki beberapa puluh ringgit dari bajet awal yang diperuntukkan. Mujur dapat disiplin diri dari berbelanja ikut suka jer.. Kalau ikutkan nak perabis gak baki tu. Hahaha... tapi sebab apa yang saya betul2 nak semua dah dapat, yang lain2 tu boleh tunggu Pesta Buku tahun depan pulak , kalau umur panjang.

Kesimpulannya, saya memang puas hati dengan aktiviti beli belah Jumaat lepas. Walaupun tak berapa best sbb hubby tak dapat temankan, ketiadaan pengunjung yang bersesak-sesak membuatkan saya bebas berlama-lama membelek buku tanpa membeli kesemuanya.

5 comments:

mirah said...

me_czar, mirah juga nak cuti jumaat ni pergi pesta buku. Ingatkan nak ergi sabtu, tp nengokkkan ramainya org, better amik cuti lah. Tp smalam hubby pergi waktu keje pun ramai gak org..

me_czar said...

Semua orang pun fikir cam kita, sbb tu ramai juga walaupun hari kerja. Tu tak campur lagi org yang mmg tak kerja.
Saya gi tu hari pertama, maybe sbb tu tak ramai lagi. Belum panas.

m-i-o said...

hahaha. aku meroyan jugak sabtu lepas. fuh, ramai gila orang! eh anjung seri ada, tp kt tkt 2. ko ada jumpa booth saba? ada ke ek?

apakah buku faisal yg ko bli tu? silalah berkongsi:)

me_czar said...

Tak naik atas pun. Setakat Tingkat 1 & ruang legar bawah. Booth Saba macam tersorok sket. Org tak ramai senang nak jumpa.

Ingat nak tepek gambar buku2 tu tapi, macam show off pulak huhu..
Aku beli Karbala, Tuhan Manusia & Ketupat Cinta.

Ko sambar apa lak? Share ar jugak

m-i-o said...

aku sambar - seperti biasa semuanya non-fiction. nntilah, slow2 lps baca akan kubuat review. eceh. mcm rajin!

Related Posts with Thumbnails