01 April, 2009

Kenapa saya tak cukup masa?

Bila saya jadualkan kerja yang perlu dilakukan oleh maid saya, ada je hari yang dia cuma perlu sapu & mop saja. Wah… macam tak banyak jer kerja yang nak dibuat. Ini tak boleh jadi, saya kena create something gak Kenapa saya tak cukup masa nak buat semua tu ha??

Apa lagi selain sapu & mop rumah, lap tingkap, basuh bilik air dan basuh, lipat & iron baju?

3 comments:

nonnie78 said...

salam.

myza, ko nye maid masak tak? kalau tak masak rasanya better ko suh dia bercucuk tanam (kalau ada laman belakang yang lebih). ehm.. lagi, suh dia punggah dan kemas balik barang2 lama. mana yang tak nak tu bolehlah buang. tapi itu pun ko kena sort sekali ngan dia. kalau tak mau lah sumabenda dia buang. hahahahahha

me_czar said...

Tak masak.. saya yg masak malam lepas balik kerja. Macam maid dulu, malam kami masak lebih, esok t/hari dia tinggal panaskan jer.

Hmm.. memang ada kebun mini blkg umah yg dh bertukar jd hutan mini. Haha.. belum sempat nk tunjuk dia camne bukak pintu belakang.

Diaorg ni kalau mengemas, bla sampai barang yg dia tak tahu mana nak letak, dia main sumbat jer dalam mana2 beg yg dia jumpa. Semalam, dia pi sumbat colouring sheet Muqry dalam beg laptop abahnya. Samala mcm yg dulu tapi, maid dulu lagi teruk.

Tak mendengar arahan la dia ni.

nonnie78 said...

sabar ye myza. semua benda memerlukan pengorbanan. Untuk keselamatan anak2 kita, make sure ko tak sumpah seranah dia. kot tak nanti sian kat anak2 waktu kita tak de kat umah.

Related Posts with Thumbnails