21 April, 2009

KerasKraftangan

Disebabkan teruja dengan buku-buku yang dibeli baru-baru ni kat Pesta Buku, saya pun buat satu ribbon bookmark macam yang Maya hadiahkan tu.

Tapi hasilnya tak memuaskan hati. Terpendek & tak dapat saiz riben yang bersesuaian. Jadi seperti tutorial Maya, saya gunakan 2 reben. Butang pun tak ada yang unik & cun. Kedai yang saya pergi tu cuma jual butang biasa-biasa je. Ada lagi sepasang reben nak dijadikan penanda buku tapi, bila tengok hasil yang ni, semangat melayang pulak.

4 comments:

Zety Zin said...

eh cantik la tu! kalau saya buat gamaknya tah jadi apa. haha.

me_czar said...

Hehe.. terima kasih. Tapi, kalau Zety tengok yang Maya buat, taula kenapa saya kata tak puas hati.

Memang keras tangan. Huhu..

Maya said...

wah.. comel tu.. reben pun comel..
jgn risau.. practice make perfect.. yg kedua nanti mesti puas hati..

me_czar said...

Alamak.. Maya datang jengukla pulak. Malu saya!
Anyway terima kasih bg semangat. Dah usha button dari buttonplanet. Harus buat lagi bookmark nih.

Related Posts with Thumbnails