06 April, 2009

Maid's update

Hari pertama, saya cuma ajar dia macammana nak hidupkan dapur gas & masak nasi. Saya juga tunjukkan penyapu & mop yang dia perlu guna sbb task dia setiap pagi ialah untuk sapu & mop rumah.

Hari kedua, saya suruh dia lap perabut antaranya rak buku kat tingkat atas. Saya juga suruh dia siap2kan barang untuk saya masak & masak nasi dulu sebelum saya balik. Bila saya sampai rumah, saya tengok dia tak masak nasik pun lagi. Ikan pun siang tak bersih, masih ada insang yang bersisa.

Bila jenguk atas, rak buku pun dia tak lap lagi. Adus… memang masa tu mcam nak bertukar jadi hijau jer.

Hari ketiga, saya ajar pulak basuh baju & basuh cd Nuryn. Okla.. bila saya test, dia ingat butang apa nak tekan pada mesin basuh tu.

Hari keempat, saya suruh dia cabut rumput kat kebun mini belakang rumah. Saya juga suruh dia sediakan bahan untuk saya masak i.e. bawang besar, bawang kecik, sayur sawi. Pagi tu saya bawak Muqry gi Playgroup. Nuryn pulak saya tumpangkan rumah ibu kat Serdang. Bila saya balik tengahari, saya tengok dia dah goreng sawi tu. Ntah bila masa saya suruh dia masak, dahla berlambak. Macam nak jamu 10 orang makan.

Hari kelima iaitu semalam, saya ajar pulak camne nak iron baju. Saya nak melepak kat Serdang dengan anak2, jadi tinggalkan dia kat rumah supaya dia boleh iron baju tanpa gangguan. Saya suruh dia buat 2 sesi. Yang sesi pertama ok. Tak de pape terjadi. Malam bila saya balik, dia beritahu ada satu baju dh berlubang. Nak tau baju apa???? Baju raya saya tahun lepas tau! Nasib kena kat kain, bolehla saya beli jer kain plain untuk buat kain baru. Saya takde la marah sangat sbb dia mmg tak tahu guna iron & itu first time dia guna. Adatla kalau ada yang berlubang. Tapi yang buat saya marah ialah, dia pi kikis kain yang lekat kat plate iron tu guna duit syiling. Memang calar balar la plate tu skang. Camtu lagila boleh wat baju lekat. Dahla baru giler beli iron tu. Memang geram tapi control jugak jangan sampai termarah yang melampau.

Untuk hari ni, saya dah siap2 masakkan lauk anak pagi td. Saya buat jadual gak untuk time mandi & makan anak2 serta jadual untuk tukar cd Nuryn. Pukul 10 lebih saya call, Muqry & Nuryn tgh tidur. Masa saya gi kerja tu, Nuryn menangis. Tak lama sangatla… Pukul 12.30 saya call lagi, anak2 baru lepas makan. Ni jap tadi, saya call anak2 tengah makan keropok. Takde yang menangis.

Okla kalau Nuryn boleh terima dia. Nuryn tu susah sikit nk dengan org. Saya rasa, anak2 ni sebenarnya kalau kita tak ada/duduk ngan org, memang behave jer kan. Bila ibu ayah ada mulala keluar perangai pelik2. Mengada2 yang amat. Harap2 maid kali ni tak banyak songeh cam maid lepas. Walaupun dari segi kebersihan & kerja saya lagi prefer maid dulu, saya harap masih tak terlambat utk diajar dan dibentuk.

4 comments:

Mama Adib said...

ha ha saya takde maid, memang masih tidak berani untuk mengambil maid.

kakak saya punya cerita, maid dia suka goreng ikan awal, manaler budak2 nak makan ikan dah sejuk.
last last suruh goreng telur jer.

:: s o l :: said...

aduhai sabo ye myza. hopefully akan ok, pelan2 kayuh huhuhu..

nonnie78 said...

salam myza.

nak tergelak pun ada baca tang masak sawi tuk jamu 10 orang tu tp itu lah hakikatnya idup ada maid ni. kita kena renung yang tempat dorg tu takde kemudahan cam tmpt kita ni. luckily maid baru MIL ku itu pandai serba-serbi. tinggalkan rumah pun selamat je.

sabar banyak ye myza. ada hikmahnya tu..

chilun @ cik pau @ bibimie said...

lepas ada maid nih bleh laa bake carrot cake untuk saya kan? tq in advance :)

Related Posts with Thumbnails