21 April, 2009

Malunyer...

Dua hari ni saya telah memalukan diri sendiri tanpa sengaja.

Semalam
Saya pakai baju kurung warna hitam dengan bunga oren. Apa tudung yang sepadan kawan-kawan? Tentula warna oren juga kan? Ya... saya memang pakai tudung oren pun tapi dengan brooch bermata BIRU. Amat tak sesuai! Ni semua gara-gara bersiap dalam cahaya samar-samar. Tak ada sesiapa yang tegur sepanjang hari di pejabat, dah sampai rumah baru perasan.

Hari ni (Selasa)
Saya telah memakai tudung dengan kesan lubang hangus sebesar 2o sen akibat seterika yang terlampau panas. Bukan tu sahaja, bahagian belakang pun kedut seribu. Saya memang tau kewujudan lubang tu & sepatutnya yang lubang tentulah bahagian dalam. Biasanya sebelah dalam memang saya sengaja tak seterika sebab malas untuk jimatkan masa. Rupanya pagi tadi saya telah pakai sebaliknya. Sekali lagi, haruskah saya salahkan cahaya yang malap? Mujur tengahari tadi tak keluar beli makanan. Kalau tak, harus kena pakat gelak dengan orang ramai. Masa solat Asar baru perasan perihal tudung yang terbalik.

Apala nak jadi dengan saya ni agaknya? Huhu...

6 comments:

maryaaa said...

hehe..cute la awak..sy lak salu pakai baju terbalik especially t shirt. tapi nenek sy cakap, haa nak dapat duit tu. harusss

Fid said...

aku minta maaf
aku mmg nak gelak saja!

me_czar said...

Haha... saya juga rasa nak gelakkan diri sendiri dan menangis juga!

lia said...

aisshhhh selalu da kena mcm ni.... tp wat derk jer... aci x.. ha3...

nonnie78 said...

ntahlah.. ku memang slalu gi opis pakai tudung ngan brooch yang tak sama theme. napa ek? nak cepat kot.. terkejar nganto yang adik, siapkan kakak nak sekolah..

me_czar said...

Lia & Nonnie : Pakai brooch tak sepadan tu tak malu sangat kot. Pakai tudung lubang & tak iron tu yang malu sangat2.

Related Posts with Thumbnails