28 April, 2009

Pengalaman bersalin 2

Kalau sebelum ni kisah bersalin anak sulung, kali ni pasal anak kedua saya, Nuryn pula.

Kalau ikut tarikh akhir period, Nuryn dijangka lahir 5th September 2007. Masa check-up, gynae ada tanya kalau saya nak bersalin 31 Ogos? Kalau nak, dia boleh arrange la.. Fikir punya fikir, kami decide biarla baby keluar sendiri. Bila nak, dia keluar tak yah paksa-paksa.

2 minggu dari tarikh bersalin, saya dah angkut kain baju pindah umah parent kat Serdang. Apa yang risaukan saya masa tu, andai kata nak terbersalin awal pagi, camne dengan Muqry? Masa tu dia baru setahun. Jadi, lebih baikla saya pindah umah parent. At least ibu & ayah boleh tolong jaga Muqry.

Malam 28 Ogos, saya tinggal berdua jer ngan Muqry kat rumah. Ibu & ayah gi masjid dan hubby pulak kena kerja lebih masa. Masa saya nk bangun dari duduk, sakit teramat sangat kat pangkal peha. Nak pijak lantai pun tak boleh. Tapi since tak der contraction, saya tak suspect apala..

Malam tu tidur macam biasa. Esok pagi pun siap-siap macam biasa gi kerja. Tapi dh mula rasa sakit. Saya bgtau hubby tapi sbb tak sure betul itu contraction atau false alarm, kami tunggu dulu. Sampai office, saya mula catat sela masa contraction.

Dekat pukul 10 pagi, contraction dh sekerap 5 minit sekali. Jadi saya confident itu memang betul contraction. 11 lebih hubby jemput saya kat office. Kami tak terus ke HUKM tapi gi minum dulu kat Bandar Tun Razak. Saya memang belum makan pagi hari tu, jadi pi pekena Milo ngan telur separuh masak 2 biji dulu.

Sampai HUKM, bukaan baru 3 cm. So, tak lama kat O&G Emergency, diaorg pecahkan waterbed (masa Muqry, water bed pecah sendiri) dan tolak saya masuk labour room. Lepas mengeluarkan isi perut 2 kali, dalam pukul 2 petang, saya dah mula rasa contraction yang maha hebat. Sebelum tu mid wife ada tanya kalau2 saya nak amek epidural. Saya dengan yakinnya menolak. Akhirnya saya terfikir, yang saya ni kira 1st time bersalin normal, ntah-ntah lewat petang atau tengah malam baru bersalin. Maklumlah, jalan tak der lagi. So, muka tak malu bgtau midwife saya nak amek itu epidural. Tunggu punya tunggu pakar bius tak turun-turun jugak. Rupanya pakar bius ada kes pulak kat tingkat atas.

Mid wife datang check saya lagi. Dia check bukaan dan berkata “ awak tak yahla amek epidural, dah bukak 7cm ni. Jap lagi awak bersalin la”. Terpaksala saya tahan jer.

Pukul 4 dh mula rasa gesaan untuk push. Gynae tak datang lagi ni. Saya & hubby pun dh risau. Hubby dengan gelabahnya bgtau mid wife yg saya dh mula rasa nak bersalin. Serious. Nak push sangat dah ni. Pukul 4.15 baru gynae datang dan mulalah episod teran-meneran. Punyala susah nak keluarkan si kecik ni. Siap borak ngan gynae & gelak bila dia buat lawak sampaikan dia boleh kata “bagus awak yer, siap boleh gelak2. Camni bersalin tiap tahun la”. Huhu... thanks but no thanks.

Tapi betul…. the moment boleh push, tak rasa sakit sangat. Sbb bila sakit, kita pun mula push. So, tak rasalah sakit tu sbb tgh concentrate nak push (boleh faham ker nih).

Selepas 23 minit bertungkus lumus push, 4.38 petang 29 Ogos 2007, keluarla si anak dara montel & gebu Raja Syaza Nuryn dengan berat 3.67kg. Patutla susah amat nak keluar. Bukan setakat kena episiotomy, koyak jugak rupanya. Dan kesan dari koyakan dasyat tu, saya bleeding & terima 2 pain darah. 1 masa kat labour room, 1 lagi lagi masa kat wad.


Lepas bersalin baru saya tau kenapa malam tu pangkal peha saya sakit dan tak boleh nak berpijak. Ada kaitan dengan kepala baby yang dah masuk ke laluan. Secara terperincinya saya dah lupa tapi bolehla, ibu-ibu tanya gynae nanti.

Dapat saya simpulkan pengalaman saya melahirkan baby agak besar secara normal tak adalah mengerikan macam yang saya bayang. Alhamdulillah... Koyak sampai kena masuk darah kes tu terpencil jer...

5 comments:

hubby said...

takde cerita yang pitam masa nak pindah katil tu ker?

mirah said...

heheh hubby u komen ke tu?
Wah ngeri bab koyak yu kan. Mirah yg 1st dulu mmg dah siap kontrol tak angkat punggung tapi kena epi jugas ket. yg 2nd ni tak kena langsung, dah keluar kecik kan.. :)

me_czar said...

Hubby : Ok.. part pitam lupa nak citer. Tapi tak penting sangat kot.

Mirah : Saya pun memang tak angkat tapi, koyak jugak sbb tak muat nak keluar. Padahal sebelum dah siap2 epi.. Memang dh agak baby besar masa scan during routine check up

:: s o l :: said...

congrats myza bjaya bsalin normal plak. harap2 nnt sol bjaya gak aritu syahmi lemas tgh push2 maka kene emergency caesar..

cuaknye tumpah darah huhuhu alhmd sume slmt..

tapi sol ni 1st exp dah merasa jahit atas bawah haahaha so harap2 pasni toksahlaa begitu lagi huhuhu~~~

**aku dah teringin baby girl plak ni. sabo sabo hahahaha**

lia said...

myza, lia pon kena jahit byk gler masa bersalin, terangkat montot kot... tp jahit idup2 okeh, xde ubat thn sakit n almost 2jam bertarung tahan sakit kena jahit... 2 yg seriau nk bersalin skng nih hu3...

Related Posts with Thumbnails