13 April, 2009

Pesta Buku Antarabangsa 17-26 April 2009

Hari Jumaat ni saya amek cuti. Antara sebabnya… saya nak gi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Saya nak sambar Anjung Seri dan PA&MA yang sengaja saya tak beli beberapa keluaran sbb nak beli dengan harga murah sedikit. Saya juga nak beli buku Faisal Tehrani & Saiful Islam selain buku cerita untuk Muqry. Untuk Muqry, saya nak beli buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tentunya bahasa yang digunakan lebih terkawal berbanding buku cerita terbitan penerbit ntah apa-apa. Sakit hati betul kalau bacakan Muqry buku-buku tu. Salah saya juga… nak beli buku murah punya pasal. Ahakss…. Kalau bajet terlebih, nak jenguk jugak booth Saba dan cari buku jahit-menjahit (poyo). Hmm… memang banyak angan2. Bajetnya saja yang tak berapa nak ada.

Ada sesiapa yang nak pergi juga? Jom kita beronggeng kat sana.

3 comments:

mirah said...

wah siap amik cuti tu. bagus bagus. Heheh mirah dah out of budget bulan nih gara2 sabtu lepas pegi smartkids edu fair kt pwtc tuh. Semput dada weh, nasib baik tak terbeli grolier set tuh. Walaupun begitu, byk sgt edukids tools yg bagus utk anak2. Berbaloi pergi dan habis duit. Tp kami masih berbelanja dalam budget sabtu tu, mujur boleh control. (Ada bunyi yg mak pak je yg lebih tak?budak2 ni bukan faham pun kan...haha)

Anyway, ya kami juga plan nak pergi book fair next week, wah mahu kempis poket en suami ku lagi.

nonnie78 said...

salam.. nak ikut serta tp tu lah, bulan ni nye budget amatlah kurang memberangsangkan. neway, have some fun there.

me_czar said...

Nampaknya esok saya kena gi sorang. Hubby tak dapat teman. Huhu... macam tak confident jer

Related Posts with Thumbnails