22 April, 2009

Saya tak mahu jadi monster

Entry ini diibaratkan seperti “sendiri buat, sendiri mau ingat”. Jadi kalau meluat baca, abaikan saja sebab ini blog saya yang punya. Har har har.

Kesabaran saya sangat teruji pagi ini. Perihal apa lagi kalau bukan pembantu saya tu. Saya cuba juga untuk bersabar kadang-kadang. Tutup sebelah mata dan buat sendiri. Tapi sampai bila? Tak mahu nanti dia naik lemak pula.

Menyerahkan tugas menguruskan rumah dan mengasuh anak kepada ‘total stranger’ memang satu keputusan yang amat payah bagi kami. Tapi, seperti catatan M-I-O, saya tak mampu nak menjadi supermommy. Tuntutan kerja di luar, membuatkan masa saya amat terbatas di rumah. Saya bukan pengurus masa yang baik, jadi dengan adanya pembantu, lebih banyak masa saya dapat tumpukan pada anak-anak tanpa perlu memikirkan tentang kain yang menunggu untuk dibasuh, dilipat dan diseterika atau rumah yang perlu dilap. Lebih-lebih lagi, saya tidak punya hujung minggu yang solid di rumah sendiri!

Berbalik kepada kisah pembantu. Saya akui sangat bersyukur dengan kehadiran dia sebagai pengurus rumah tangga saya. Oh..oh.. tukang masak, masih lagi kekal saya ya. Tapi, bak kata suami, sangat sengal pembantu rumah kali ini. Semuanya perlu disuruh walaupun kerja itu sepatutnya menjadi rutin harian. Saya cuba untuk tidak marah, cakap biasa-biasa saja. Tapi, saya pasti ada ketikanya kata-kata saya berbaur sinis dan boleh mencalarkan hati juga. Itu sudah geram tahap maksima.

Saya tak mahu jadi majikan yang dibenci dan tak mahu pula jadi majikan yang diperkotak-katikkan. Aduh, dilema!

5 comments:

nonnie78 said...

salam myza.

sabar ye. bukan semua orang sama. mungkin pembantu dahulu lebih cekap, kan? beri dia lebih masa untuk menyesuaikan diri. mungkin dia memang jenis lambat pick up kot. atau jenis ingat2 lupa (lebih baik andaikan begini untuk tidak menyakitkan hati). so, slowly dan kalau boleh teruskan usaha untuk tidak marah. maid MIL sy pun kekadang ada masa agak keterlaluan tp tanpa dia sy pasti susah nak handle anak bila balik ke kg. ada pro and cons kat situ. kita sama2 sabar ye.. peace~

me_czar said...

Yang buat keadaan bertambah parah & buat saya lagi menggelegak, dia menjawab bila kita cakap.
Banyak dah saya sabar ni, lepas sebulan ni masih slow jugak, kena suruh hubby brain wash pulak.
Nak hantar balik je tak pulang modal.

nonnie78 said...

myza, budak sangat kot maid awak ni. selalunya yang dah berumur 30 tahun ke atas tak banyak menjawab. ini ikut experience lah. tak pun suruh hubby cakap elok2 ngan dia. tak yahlah sampai tinggi2 suara. bukan apa, anak2 awak tinggal ngan dia. takut nanti dia balas ke anak pulak. saya tak sanggup fikirkan ttg maid yang seksa bdk ni. Nauzubillah, minta jauhkan dari anak2 kita semua tu. apa yang boleh awak buat, duduk dengan dia dan hubby dan list down pe yang dia kena buat, waktu bila dan macamana caranya. walau mungkin sebelum ni awak dah bitau, kita andai je dia tu lembab ya amat susah nak masuk diajar. tolak tepi dulu tentang dia menjawab semua tu. beri peluang lagi 2 minggu. kalau masih tak okay, rasanya hantar balik jelah.

me_czar said...

Dia dah terlebih budak. 40 tahun dah umurnya. Saya siap letak jadual tugas dia kat peti sejuk & lain2 arahan atau instruction saya tulis dalam buku dia supaya kemudian hari tidakla dia tuduh saya yang tak tunjuk atau tak cakap.
Tapi, sungguhpun camtu.. haram dia ikut jadual tu. Dia sangat relax kat rumah. Siap boleh join saya tgk tv ngan anak-anak malam tu sedangkan dapur tak kemas pun dan terus tidur bila dia rasa dh ngantuk.
Ada maid ni memang menuntut kesabaran yang tinggi. Saya tau hakikat tu. Tapi, kekadang hilang sabar juga.
Anyway Nonnie, thanks a lot atas keprihatinan & cadangan tu. Sampai masa, memang kene heret hubby sama.

hubby said...

i don hav low pitch...

Related Posts with Thumbnails