24 April, 2009

Tiada update hari ni?

Hari ni saya tak update blog langsung. Bukan kerana saya sibuk yang amat sampai tak sempat jengah ke blog pun. Tapi, sebab saya luangkan masa yang sedikit tu untuk menerjah sewing blog.

Haha… rasa nak ketawakan diri sendiri. Dah berangan nak menjahit pulak. Dah lama sangat mesin jahit tak berbunyi. Takut lama tak menjahit, hilang skil pulak (skil menjahanamkan kain). Kalau diizinkanNya, malam ini nak mula potong kain untuk buat *rahsia*. Eh, hari Jumaat elok ke tak elok yer kalau nk potong kain? Andaikan saja sama cam potong kukula.. Kalau saya senyap je lepas ni, maknanya tak jadila projek rahsia itu. Huhu…

No comments:

Related Posts with Thumbnails