01 April, 2009

Undomestic Goddess

Pembantu yang saya tunggu2 sekian lama dan patutnya sampai jumaat lepas akhirnya muncul malam semalam selepas saya menghabiskan cuti tahun 2 hari. Kami uruskan sendiri dari bulan Dec. Kelulusan dari imigresen dapat tak sampai seminggu dari tarikh permohonan, hujung bulan Feb lepas. Tapi urusan lain tu yang ambil masa tersangat lama.

Umur dah 40 tahun. Datang dari Kerinchi. Perjalanan yang dia tempuh dalam pada nak menyampai ke rumah saya adalah dalam 27 jam. Disebabkan urus sendiri tanpa melalui mana2 agensi, saya memang tak harap pembantu yang tip top. Tapi pembantu saya ni:-

Tak pandai guna paip air

Tak pandai guna dapur gas

Tak pandai guna semua peralatan elektrik (maknanya tak pandai iron baju jugak. Uwaaaa)

Adus… yang paling teruk/kelakar ialah…. drum roll please…
.

.

.

.

.
Buang air tak tutup pintu. Mujur terkantoi ngan saya, kalau Hubby yang nampak tak ke haru.

Dia memang tak pernah datang kerja kat sini. Selama ni kerja dia mengerjakan sawah. Bangun tidur pukul 5 pagi dan pukul 9 malam dah tidur. Erk.. saya cakap kat dia, kat sini tak payahla bangun awal sangat sbb kena tidur lewat sikitlah.

Pagi tadi baru saya brief dia sikit apa/camne nak buat kerja kat rumah sepanjang saya tak de. Hari ni task dia cuma uruskan tingkat bawah. Esok baru nak ajar basuh baju & tingkat atas pulak. Lepas ajar dia camne nk hidupkan dapur gas, siap suruh dia demo 2x. Ish.. seram saya tengok. Tadi dah call check kat rumah, dia kata semuanya senang. Cuma dia belum masak lagi.

Disebabkan saya kena mula kerja hari ni dan anak2 terutamanya Nuryn pakat nangis bila tengok dia, terpaksalah saya hantar dulu anak2 ker nursery untuk minggu nih. Harapnya dalam masa 5 hari ni; hari ni sampai ahad, anak2 dh mula biasa ngan dia.

Mudah2an pembantu kali ni tak banyak songeh macam yang dulu. Mudah2an juga saya dapat bersabar nak mengajar dia. Parah jugak nak mengajar from zero...

9 comments:

mirah said...

myza, moga dipermudahkan semua tu. Pergh nak kena ajar satu2 lah tu. Harapnya dia cepat belajar.

Mama Adib said...

hu hu slamat mengajar buk

mama c&h said...

harap2 kali xmcm yg lps la

nuryah said...

erm...bibik saya pon tak tahu pape masa memula..semua kerja kena ajar..mula2 mmg kena baaaaanyaaaak sabar.

Fid said...

huhuhuhuhu
saya tak da maid tapi pernah ada pengalaman jd pengajar maid..huh...penat aku

nonnie78 said...

salam. myza, bykkan sabar ye. yang paling penting dia mendengar cakap dan anak2 sesuai dengan dia. but sy still tertanya why should u take a risk pegi amik sendiri? sbb katakan tak sesuwai nanti nak lontarkan ke mana? la ni all agencies akan bagi trial utk 2 weeks. tak suka pulang dan amik baru. sampai kita jumpa yang sesuai. tapi tak pe lah ... make sure dia tutup semua electricity supply lepas guna, kalau tak susah nanti.. keep remind her and call home during yr working day, ok!

me_czar said...

Nonnie : Jawapannya... ongkos. Sayang nk spend sampai 5,6k bayar kat agensi. Mmg nanti contra blk ngan gaji dia kan tapi, nak sediakan selepuk tu...

Yang ni tak sampai pun 3k. Nanti contra gaji 3 bulan jugak.

Bayar mahal2 kat agensi pun tak tentu dapat yang bagus kan..

chilun @ cik pau @ bibimie said...

oohh... cemana bleh dapat buat sendiri tu yer? susah tak? alamak... cemana bleh buang air tak tutup pintu yer? uhuukkksss... susah laa kalau tak tau sumer benda. ker buat2 tak tau?

me_czar said...

Bibimie : Good point.. Ada gak yang buat2 tak tau kan

Related Posts with Thumbnails