23 April, 2009

Untuk merawat resah di hati sahabat

Sahabat baik saya mengalami alahan yang sangat hebat tiap kali mengandung. Kehamilan kedua ni, muntah berkali-kali sehari tu dah jadi rutin. Selera makan terganggu dan macam-macam lagi. Lepas tu, muka dia pulak macam kena sun burn. Ada ketikanya, dia rasa putus asa. Sebagai sahabat, saya tak dapat nak buat apa-apa selain bagi kata-kata semangat. Lagi pulak, Alhamdulillah sepanjang 2 kali kehamilan, saya tak alami alahan langsung. Jadi, memang tak dapat nak bayangkan camne yang dia rasa tu. Kebetulan saya jumpa artikel ini lalu saya kirimkan pada sahabat tu. Rupanya, kiriman saya tu sangat terkesan pada dia dan buat dia menitiskan air mata pun.

Saya kongsikan sebahagian artikel tu (khas untuk Mamaadib & Bibimie). Selebihnya boleh dibaca di saifulislam.com

FIZIKAL, RASIONAL, EMOSIONAL

Jika difikirkan beban mengandung, bukankah lebih wajar Allah Subhanahu wa Ta’aala jadikan para suami yang mengandung. Mereka ada kekuatan fizikal. Mahu mengangkat tong gas di atas bahu kanan dan kiri pun tidak punya masalah. Sepatutnya kekuatan fizikal itu digunakan untuk memikul tugas yang berat ini…hamil dan seterusnya melahirkan anak.

Tetapi saya terkenang kepada kata-kata Imam al-Ghazzali, bahawa “lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi”.

Ya, kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ!

Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.

Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih sayang’.

Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa. Aduhai anak-anak, sesungguhnya engkau tidak lahir ke dunia ini, melainkan engkau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang ‘ibu yang rahim’ di ALAM RAHIM.

TIBA-TIBA

“Abang, rasanya nak bersalin dah ni!” jerit Ummu Saif.

“Apa???” saya panik dan sesak nafas terkejut dengan jeritan itu. Tercungap-cungap tidak cukup nafas.

“Haa!!!”, aduhai…. rupa-rupanya saya bermimpi. Sudah nak masuk anak keempat, masih ada mimpi-mimpi sebegini lagi?

Peluh di dahi saya kesat.

Segera menoleh ke sisi, terlihat isteri yang tidurnya tidak lena melayan resah badan dengan sarat kandungan.

“Tidurlah sayang. Biar abang bancuhkan susu Imad itu,” saya bingkas bangun meraba gelap untuk melayan tangisan Imad yang terkejut oleh kejutan saya tadi.

Semoga Allah limpahkan seluas-luas cinta dan kasih-Nya buat bondaku dan bonda isteriku yang telah mengandung dan membesarkan kami dengan kasih sayang, semoga cinta dan kasih-Nya juga disiramkan ke hati dan jiwa isteriku, yang bermujahadah dalam cinta dan kasih kami, untuk mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak penyejuk mata.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung keletihan demi kekeletihan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)” [Luqman 31: 14]

7 comments:

Zety Zin said...

oh bagus betul artikel ni. thanks!

me_czar said...

Zety, kelebihan wanita hamil buat saya rasa macam nak mengandung lagi dan lagi dan lagi.. Ahaks.
Tapi, part nak menguruskan anak-anak kecil tu yang surrender.

lia said...

errr da ada yg ke-3 kah? he3....

tp artikel ni bebest la.... thnks...

Adwindaa said...

waaaa... terharu n tersentuh dgn artikel ini...tq utk info ini.... bertuah rasa diri sebagai seorang wanita, isteri n ibu.....

Mama Adib said...

trima kasih atas artikel ini. :-)
ya mak rasa bangga dan bertuah di atas kurniaan ini.

nonnie78 said...

nangis!!!! nak ngandung lagi tp tunggguuuuuuu... myza dah boleh tambah dah tu..

me_czar said...

Lia & Nonnie : Memang terasa nak lagi, tapi tunggula dulu. Takut tak tertunai hak anak2 yang ada ni.

Adwindaa & Mama Adib : Memang istimewa wanita ni. Pernah ada wakil wanita Ansar yang jumpa Rasullullah s.a.w sbb nak ikut berperang. Mereka tak puas hati sbb kaum lelaki boleh berjihad sedangkan kaum wanita kena tinggal kat umah jer. Rasullullah s.a.w. kata, dengan menjaga rumahtangga pun wanita boleh dapat pahala jihad. Seronokla wakil tadi mendengarnya dan disampaikan pada wanita2 lain. Untungkan jadi wanita? (kalau salah tolong betulkan yer, saya tak berapa ingat cerita ni)

Related Posts with Thumbnails