12 May, 2009

Apa yang anda cari?

Saya yang kepochi ini telah tengok kat Nuffnang.. apa yang pembaca cari sampai ter’terjah’ ke blog saya.

Yang no. 4 tu agak mengejutkan. Saya pernah guna perkataan tu di sini. Hamp*t tu = maki, marah, hamun. Kenapa agaknya orang tu cari tentang ‘maki ibu saya’. . Siapakah yang tergamak memaki ibunya?

Terdorong pula saya untuk semak di laman web DBP. Ada maksud lain rupanya hamp*t tu. Erk… tak tergamak saya nak tulis maksudnya yang lagi satu. Tengok sinilah yer.

Oh.. tidak! Ini membuatkan saya curiga tak semena-mena. Adakah blog saya ini telah diterjah oleh orang berotak kun*ng yang mencari perkataan hamp*t tu atas maksud keduanya??? Ataupun saya saja yang over? Janganlah telahan pertama tu betul pula. Blog ini suci tau! Owh…harus saya berhati-hati menggunakan perkataan selepas ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails