11 May, 2009

Baby

Malam Sabtu lepas, Muqry buat perangai mengada-ngada manja. Seharian tak tidur dan malamnya pulak… lasak sungguh. Seperti biasa, malam minggu kami akan balik ke rumah mertua. Bukan main berlari & melompat Muqry kat rumah Atuk. Maklumla.. seronok lain macam agaknya lompat-lompat kat lantai papan.

Eh… dah tersasar pulak dari cerita sepatutnya. Saya panggil Muqry nak ajak dia baring sebelah saya. Dah lewat jugak masa tu.

Nak tahu apa dia kata, “Ibu, panggillah baby. Ni baby kecik”. Tak layan tu kalau saya paggil ‘abang’ atau ‘Muqry’. Kah..kah.. kah… dah jadi macam si Akif anak Cik Fid pulak. Ntah datang apanya Muqry tu. Mungkin sebab Nuryn dah tidur, dia ambil peluanglah manja lebih sikit.

Bila saya keraskan suara sikit nak suruh dia tidur, dia siap boleh tanya “kenapa ibu marah baby?”. Memang sungguh dia tak tidur. Dekat pukul 1 pagi, dalam perjalanan balik rumah baru dia lelap.

Hasilnya, beberapa kali jugak dia mengigau malam dan meraung2 bila saya kejutkan pagi Ahad. Kerana tak kuasa nak melayan tantrum si Muqry, saya batalkan saja hasrat pergi gathering SI kat Putrajaya. Hubby tak dapat teman dan saya rasa tak boleh handle 2 anak kalau Muqry mood tak baik camtu. Kecewa ... tapi, kesian juga kalau nak tinggalkan Muqry kat rumah ngan bibik. Ada rezeki, kita jumpa di gathering lainlah yer kawan-kawan.

2 comments:

lia said...

errr muqry saja nak manja2 la tu... kasi can la ibu... he3...

Fid said...

kihkihkihkih

Related Posts with Thumbnails