15 May, 2009

Breastfeeding in public


Saya baru perasan gambar ni *sebenarnya Hubby yang perasan*. Rasanya ini satu-satunya gambar Nuryn bf in public. Hmm… after almost 2 years.. ini saja satu-satunya gambar sebagai bukti bahawa anak ini menyusu badan dari ibunya. Heh…

Saya tak banyak sangat pengalaman menyusukan Nuryn di tempat awam, pusat membeli belah khususnya . Kalau nak gi shopping, selalunya saya akan bf dia puas-puas dalam kereta. Bukan sebab saya tak yakin untuk breastfeed Nuryn di tempat awam. Cumanya, saya nak cepat-cepat balik. Dengan Muqry yang masih kecil, cepat bosan dan lasak, berlama-lama membeli belah amatlah tak sesuai untuk kami. Saya cuma pernah gunakan sekali je nursing room. Itu pun saya dah lupa kat mana. Selebihnya, cari tempat agak tersorok dan mintak hubby tolong cover. Kalau hubby tak dapat teman, tudung sajalah yang jadi penyelamat.

Saya juga cuma ada sehelai nursing blouse. Kalau ikutkan hati, memang nak beli banyak. Tapi, susah betul nak cari baju yang labuhnya melebihi paras p*nggung. Jadinya, nak selamat dari ternampak aurat, saya pakai tube yang cover area tummy *beli dari MLC kalau tak silap. Tapi dah discontinued production*. Baru-baru ni saja saya beli 2 helai nursing t-shirt dari Sumayyadesign. Selesa, cuma agak terlewat saya memilikinya.

Saya harap untuk anak seterusnya nanti, saya boleh pakai nursing blouse jahitan sendiri. Hehe… berangan lagi saya!

5 comments:

lia said...

kalau amsyar nk bf masa kat luar umah, mmg p mana2 tmpt terlindung n nenenkan dia tp so far baru sekali dua jer kot...

yOkOyOpOyO said...

saya selalu sangat BF in public almost anywhere lepas jumpa k rita MLO. seblum tuh segan2 gak, tp lepas k rita kata kita tak wat dosa pun. saya on je kat memane je Afra nak.. hehehe :)

AiNeRzA said...

Salam perkenalan meczar..

Nak join jugak...saya pun selalu BF in public...kalau bawa Adib ke ofis...dalam komuter la tempatnyer...muka mmg x bersalah la...bangga??? X semua orang boleh merasa nikmat menyusukan anak...tapi satu prinsip...'x kan nak utamakan malu dari biar anak dahaga'...hihihihi

me_czar said...

Salam kenal juga Ainerza..

Yang penting jaga aurat jangan sampai nampak apa yang tak sepatutnya.

izzah said...

br tgh nak blajar buat 'kerja' ni.. ms memula tebal ja muka rasa..

Related Posts with Thumbnails