18 May, 2009

Cerita hujung minggu

Inilah rutin kami hujung minggu lepas dan juga sejak kebelakangan ni.

Pagi Sabtu tu saya buat sarapan dulu sebelum bawa Muqry gi Playgroup kat Bangi. Balik dari Bangi singgah kedai jahit kat Serdang, gi jahit tepi kain baju Nuryn. Lepas tu gegas pulak masak makan tengahari. Sementara tunggu Hubby balik dari kerja, dapatlah menjahit sikit.

Lewat petang baru Hubby sampai rumah dan kami bergegas pula ke rumah mertua. Setiap Sabtu malam memang biasanya ada kat sana. Huhu… Malam tu kol 1.30 pagi baru kami gerak balik rumah semula dari rumah mertua. Sampai rumah saya dah larat buat apa.. plan nak menjahit pun tak terlaksana.

Hari Ahad, pagi-pagi dah keluar gi kedai cari bahan untuk masak. Buat sarapan cekodok cucur udang. Hm… nyum-nyum. Anak-anak walaupun malam tu tidur pukul 1 lebih, bukan main cepat pulak bangun pagi. Kol 8.30 pagi masing-masing dah merengek-rengek nak ibu. 9.30 pagi hubby keluar gi kerja. Tinggallah saya ngan anak-anak yang semuanya merengek rebutkan perhatian. Sambil-sambil layan diaorang, dapatlah saya masak lauk makan tengahari.

Bila Nuryn tidur tengahari, dapatlah menjahit sikit. Tu pun tak dapat siapkan juga. Pukul 3.30 petang mula bancuh tepung nak buat choc cake dengan bantuan Muqry. Tengah half way buat, Nuryn pulak bangun. Siap bakar kek pukul 5 petang rasanya. Lewat petang bergegas pulak balik umah parent saya.

Kami tamatkan aktiviti hujung minggu semalam lebih kurang pukul 11 malam. Sambung menjahit sikit sebelum saya menyahut panggilan bantal. Walaupun hanya kat rumah saja, saya rasa sama letihnya dengan hari bekerja. Bila saya ada kat rumah, anak-anak terutamanya Muqry, memang manja yang amat sangat. Lagi pulak Hubby tak ada, semuanya nak berkepit kat ibu. Peluang untuk menjengah blog atau menjahit atau membaca atau manjakan diri sendiri tu memang tak selalunya ada. Memang kadang-kadang rasa tertekan juga. Tapi saya tau, saya tentu akan rindukan saat-saat ni bila anak-anak dah besar dan tak perlukan peluk cium saya lagi. Jadi, lebih baik saya rebut peluang ni sementara saya masih no. 1 pada mereka *agak-agak Hubby cemburu tak?*.

Kadang-kadang saya wish tak perlu setiap minggu balik ke rumah mertua dan ibu bapa saya. Angan-angan saya, biarlah minggu ni rumah mertua, minggu depan rumah parent saya dan minggu seterusnya minggu untuk kami sekeluarga pula. Saya rasa saya perlukan masa hanya untuk kami sahaja. Saya+Hubby+Muqry+Nuryn. Tapi, bila difikirkan semula, mungkin itu hanya angan-angan yang pentingkan diri sendiri? Selagi ibu-bapa ada ni, ziarahlah mereka sekerap boleh. Bukan jauh pun… Bukankah membahagiakan ibu-bapa tu besar pahalanya. Berdosanya saya ada angan-angan sebegitu! Esok bila tiba masa saya, mungkin juga saya harapkan anak cucu datang menjengah setiap minggu?

Dan saya juga harap suami tak perlu kerja lebih masa. Tak perlu dia kerja sebelah malam dan juga hujung minggu so that, dia dapat luangkan masa kat rumah bantu saya uruskan anak atau bawa kami sekeluarga jalan-jalan. Memang sekarang kami cukup makan dan pakai. Tapi, takkanlah nak berpuas hati di takuk ini saja?? Kos sara hidup makin meningkat sedangkan hutang masih banyak yang perlu di selesaikan. Malah sudah berangan-angan juga nak tambah ahli keluarga *wink*. Muhasabah untuk saya, ada suami yang pulang lewat & tak lekat di rumah hujung minggu semata hanya untuk kepentingan dirinya. Patut sangat saya bersyukur sebab Hubby perah keringat dan korbankan masa rehat untuk pastikan kehidupan kami sekeluarga lebih baik. Apa lagi yang patut saya rungutkan?

Hmm.... apakah sebenarnya motif entry panjang berjela ini? Cerita hujung minggu yang dah melalut. Tempias Monday blues mungkin? Hehe…

3 comments:

hubby said...

something in my eyes....

chilun @ cik pau @ bibimie said...

sementara masih punya kederat. semoga Allah jua yang membalas jasa baik u dah merahmati hidup u sebagai anak yang baik, isteri yang solehah dan ibu yang bertanggungjawab terhadap anak2 u... amin...

me_czar said...

Bibimie : Terima kasih... sangat-sangat menyentuh hati

Related Posts with Thumbnails