05 May, 2009

Hampir lega

Owh… sibuknya saya sekarang ni. Kerahan tenaga untuk projek-projek yang saya ceritakan dulu dah bermula. Semalam seharian meeting. Dah pukul 5.45 petang pun masih ada meeting baru nak mula. Langsung tak sempat nak meluah rasa dalam blog. Apatah lagi nak melompat-lompat dan tinggal jejak. Aktiviti cuti 3 hari tu pn masih tak sempat nak cerita. Maaf ya kawan-kawan.

Semalam sampai rumah dah hampir pukul 8 malam, gegas solat Maghrib dan masak untuk makan malam. Pukul 10 mula bacakan buku cerita untuk Muqry & Nuryn sebelum diaorang tidur. Ya Allah… beratnya mata… penat otak lagi teruk dari penat badan kan? 10.30 malam Muqry masih tak tidur lagi walaupun seharian dia tak tidur. Ntah pukul berapa dia tidur pun saya tak pasti. Mungkin saya yang terlelap dulu dari Muqry. Langsung pengsan.

Pukul 4.50 pagi Muqry merengek-rengek. Ntah apa yang dia mimpi agaknya. Tanya nak buang air, bukan. Nak susu, bukan. Nak ibu tepuk pun bukan. Rupanya nak turun bawah. Saya bawak jugak dia turun. Dudukkan dia kat sofa dan saya baring kat sofa lagi satu. Ntah apa yang dia nak kat bawah gaknya. Tak lama pastu, saya ajak dia naik. Nasib baik dia nak naik. Dah naik atas baru cakap nak susu. Padahal sebelum tu, kat bawah dah tanya. So, kami pun turunlah bawah sekali lagi.

Nuryn pulak hari ni menangis meraung sampai teresak-esak bila saya nak gi kerja. Tak taula apa yang tak kena. Selalu elok jer dia salam. Hari ni sedih sungguh dia nak berpisah. Mungkin dia tau, ibu pun tengah bersedih.

Hmm... memang saya tengah bersedih sebenarnya. Saya perlu luahkan semuanya… sekarang….

Di pejabat, saya perlu pastikan kehadiran tanpa tanda merah di ‘punch card’ dan saya juga ‘tak boleh’ balik awal walaupun waktu kerja sebenarnya dah tamat. Pembahagian tugas yang tidak adil membuatkan saya rasa tertekan. Lebih-lebih lagi bila pihak atasan menekan dengan date line yang tak masuk akal.

Petang semalam, saya keluar office dah pukul 6.50 petang. Dalam perjalanan ke lrt, terasa bergenang air mata… kasihankan anak-anak kat rumah. Lebih banyak masa dengan pembantu dari dengan ibu & abah… Hanya ada beberapa jam je dengan saya sehari. Dengan hubby pun rasanya anak-anak tak puas manja. Tuntutan kerja hubby menyebabkan urusan anak-anak lebih banyak diserahkan pada saya. Kadangkala iman yang tipis ni membuatkan saya cepat marah dan tentulah anak-anak yang dapat tempiasnya. Lagi-lagi pada Muqry. Muqry tu cepat sangat naik tangan pada adiknya. Bukan tu saja, Muqry yang paling kerap merengek berbanding Nuryn kalau kemahuan dia tak dituruti. Dia tak boleh terima kalau kita kata, “nanti ibu solat dulu” atau “bahaya buat macam tu”. Saya yakin perbuatan Muqry tu didorong rasa cemburu. Dia nak tarik perhatian semua orang pada dia dan bukan pada Nuryn. Lebih2 lagi Nuryn menyusu badan dan sentiasa dekat dengan saya. Maafkan ibu ya anak-anak...

Cabaran-cabaran nak meneruskan kelangsungan hidup sebagai ibu bekerja juga seringkali membuatkan saya gagal jadi isteri yang baik. Sungguh semua itu terjadi tanpa rela. Kepada suami yang tentunya membaca, saya mohon keampunan daripadanya!

2 comments:

mirah said...

myza, ya memang kalau dah sibuk, sian kat anak-anak lah. Mmg kekadang anak buat hal untuk dapatkan perhatian kita. Mlam2 aisyah nak baca buku dgn abahnya bukan dgns aya sebab saya selalu bawa adik dia tidur dulu last dgn umminya tidur. Jadi dia byk masa malamnya dgn abahnya lah..huhu..

nonnie78 said...

kita sama kapal. ku pun suami sering keluar malam menyelesaikan urusan bisnesnya dengan kawan. kekadang sampai kul 4 pagi blum balik. tanggungjawab pada anak2 totally on my shoulder. memang terasa membebankan. sorry to say tapi itulah kenyataannya. dengan penat bekerja siang hari, tambah balik terkocoh-kocoh nak settle anak nak makan, nak susu, nak menetek, dgn kita solat pun dah hampir lucut waktu, Allah je yang tahu penat tu camna. cuma tiap kali solat ku doa minta Allah tabahkan hati dan beri kesihatan pada ku supaya mudah utk aku menjaga amanah2Nya ni. Myza, kekadang kita rasa benda tu berat tapi sebenarnya itu paling ringan Allah beri pada kita. Slalu luahkan padaNya, insya Allah Dia selalu mendengar dan membantu.

Related Posts with Thumbnails