06 May, 2009

I made it!

* Cerita ni agak basi. Baru hari ni berkesempatan nak cerita.

Alhamdulillah.... saya berjaya juga siapkan projek rahsia saya tu.


Tutorial untuk dress ni saya dapat dari Maya. Seluar pula dari sini. Kain tu pulak lebihan kain yang diberi oleh MIL. Tempoh masa yang diambil ialah 3 hari.

Awal pagi Jumaat - potong kain

Siang Jumaat - jahit bahagian atas baju yang tak perlu dijahit tepi

T/hari Sabtu - pergi hantar jahit tepi kat kedai area rumah mak saya. *kalaulah saya ada serger... kan best*

Awal pagi Ahad - sambung menjahit baju. Siap pada pukul 4.16 pagi (gagahkan juga jahit. Teruja punya pasal)

Siang Ahad - mula jahit seluar pulak. Jahit sikit-sikit sbb Muqry & Nuryn 'menjahit' sama. Pukul 3.30 petang baru siap sepenuhnya

Haha... lama kan? Mana tak nya.. kerja-kerja memotong dan menjahit hanya boleh dilakukan bila Nuryn tidur. Tapi beberapa kali juga berhenti sebab dia terjaga nak t*t*k.

Cabaran paling getir ialah nak cantum bahagian yang ropol tu. Memang ada ropol yang tak sekata.. belah sini terlebih, belah sana pulak terkurang. Huhu... Harap-harap boleh diperbaiki pada projek seterusnya (takkan nk buat dress sama jer semua??). Nak buat lubang butang pun macam senang tapi, 2 kali jugakla saya jahit dan tetas. Tak pandai nak control mesin lagi. Buruk sungguh lubang butang saya.

Ukuran baju tu saya lebihkan sikit dari ukuran yang Maya bagi. Hasilnya ok.. nampak macam boleh pakai lama. Tapi, tang seluar tu gagal. Walaupun saya dah besarkan dari ukuran yang diberi, bila siap jahit, muat-muat jer untuk Nuryn. Itupun saya kelim sikit jer bahagian bawah. So, saya cadang kalau lepas ni seluar tu dah senteng, saya nak tambah getah kat kaki, jadikan seluar 3 suku.


Amacam? Ok tak?

8 comments:

mirah said...

oh sweetnya.. jeles ni. Tp jeles pun takde makna, mmg ku keras tangan bab menjahit nih, takat jahit butang baju boleh lah..heheh..

Fid said...

okkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

nonnie78 said...

cantekkkk... pasni teruskan menjahit ye.. tutorial tu ku pun ada copy paste tapi itulah.. mesin pun tak de, nak jahit camna???

yOkOyOpOyO said...

wahhhhhhh saya nak jadik anak meczar bleh? bleh dapat baju handmade yang penuh dengan kasih sayang selalu.. hehehe ;p

me_czar said...

Mirah : Saya pun keras tangan jugak. Hehe.. tapi sbb minat, cuba juga

Fid : Dari jauh okla. Dari dekat.. huhu... jahitan tak kemas sangat. Tapi, kira okla kot utk 1st try

Nonnie : Mintakla cik abang hadiahkan mesin jahit. Untung semua anak-anak dapat baju handmade. Dahla baju budak perempuan cantik2

Syaza : Hehe.. nama dah sama tu ngan nama Syaza Nuryn. Tapi tang saiz pulak tak sama.

Mama Adib said...

wow, syioknya hasilkan baju untuk anakda

lawa lawa, sangat ok

m-i-o said...

boleh tak, memula aku ingat ni baju utk ko pakai....hihihi

me_czar said...

mama adib : thanks *sambil tersipu malu*

m-i-o : eh.. eh.. mana ko tau aku nak besarkan skala dia?

Related Posts with Thumbnails