24 May, 2009

Kasihnya ibu..

Hampir seharian Muqry tak ada ngan saya hari ni. Dia telah 'dibawa lari'. Rindunya saya rasa kat Muqry. Bila dia ada & buat perangai, rasa macam nak marah jer. Bila dia tak ada, rasa sunyi pulak. Tak semangat nak buat apa pun walaupun Nuryn tidur beberapa jam petang tadi. Pertama kali Muqry 'dibawa lari' ialah ketika saya pantangkan Nuryn. Kakak ipar pinjam Muqry dan bawa dia jalan-jalan ke Alamanda. Saya berat hati tapi tak dapat nak tolak permintaan tu.

Saya hanya boleh berpisah ngan anak-anak (atau pun salah seorang anak), bila saya perlu ke pejabat atau pun perlu bawa Muqry ke playgroup. Selain pada tu, kalau saya dirumah dan anak-anak 'dilarikan' dari saya, saya masih belum terbiasa.

Bilalah Muqry nak pulang ni???


No comments:

Related Posts with Thumbnails