24 May, 2009

Melegakan tekanan

Sejak 2 minggu ni saya sibuk betul kat office. Kalau sebelum ni rasa lambat betul nak menjelang pukul 6 petang & sempat lagi membebel di blog serta melawat blog kawan-kawan, 2 minggu ni berbeza sama sekali. Rasa macam belum panas pungg*ng, dah tiba waktu lunch. Belum pun siap semua kerja yang dah dirancang, eh..eh.. dah pukul 6?? Hampir setiap hari juga saya terpaksa kerja lebih masa.

Semua ni disebabkan projek U*M. Kami perlu selesaikan kerja bernilai RM3.5 juta pertengahan bulan Jun ni dan kami cuma diberi masa 2 bulan setengah untuk hand over projek ini. Maknanya, selagi tak siap, selagi itulah saya akan 'terseksa' sebegini. Mujur Jumaat lepas dah dapat surat kenaikan gaji. Hehe... tak sangka kan? Saya pun tak sangka di waktu kegawatan camni, company bermurah hati pulak nak naikkan gaji saya. Menurut HR Manager yang serahkan sampul keramat tu, dia berpegang pada janjinya yang dia buat pada saya masa interview dulu. Iaitu, tiada kenaikan gaji sebaik saja 'confirm' tapi akan ada salary review pada bulan Januari. Maknanya, saya akan dapat tunggakan kenaikan gaji dari bulan Januarilah. Syukur Alhamdulillah. Walaupun tak banyak, dapatlah saya selesaikan hutang yang tak sengaja tertunggak. Memang indah betul perancangan Allah kan, di saat saya hampir buntu datang penyelesaian.

Bila busy dengan kerja pejabat, memang otak dan badan sama penat. Letih betul rasanya nak menapak balik ke stesen LRT. Tapi sebaik saja dapat masuk dalam tren tu, lega betul saya. Sebabnya, saya dapat membaca! Saya dapat habiskan Tuhan Manusia karya FT. Penulisan beliau yang ini, sangat berat untuk saya tapi, satu pengalaman & pengetahuan baru yang sangat berharga. Sambil2 bf Nuryn, saya baca Eclipse yang diberi pinjam kawan baik saya, AK. Sesekali layan jiwang genre sebegitu ok juga. Dapatlah legakan otak saya yang seharian penat bekerja. Sekarang saya tengah merangkak-rangkak habiskan Breaking Dawn pula. Dah lama sangat saya pinjam, tentu tuannya dah tertanya-tanya.

Selain membaca, saya dapati aktiviti yang ini pun sangat mendamaikan jiwa. Hehe... apa lagi kalau bukan menjahit. Dress kedua Nuryn masih dalam proses pembuatan. Semuanya terhenti sebab nak kena jahit ropol. Saya belum ada kesabaran tahap maksima untuk berdepan dengan kesukaran menjahit ropol. Baru sekejap tadi, saya dapat siapkan zippered pouch *owh... tak rajinnya saya nak turun bawah ambil kamera. Siang nanti saja saya tepek hasilnya*. Senang rupanya nak buat. Tapi, percubaan pertama biasanya tak perfect kan. Banyak lagi yang nak diperbaiki. Kena cuba lagi dan lagi. Tapi, nak buat apa pouch tu banyak-banyak? Anda nak?

Hmm.. nampaknya saya perlu tidur sekarang. Perlu ada stamina tahap kesatria baja hitam untuk uruskan Muqry dan Nuryn siang nanti. Hubby, seperti biasa akan keluar berjuang untuk kewangan keluarga.

1 comment:

chilun @ cik pau @ bibimie said...

yerp... sejak2 nek bas dan tren dapatlah i membaca lots of books yang i beli tapi masih menunggu masa untuk dibaca... huhuhu... i enjoy reading in the tren.

Related Posts with Thumbnails