01 May, 2009

Say no to Cameron Highland?

Berita TV3 jam 8 tadi melaporkan, 60% sumber air bersih bagi penduduk Cameron Highland adalah dari Sungai Terla yang telah tercemar dengan bahan kumbahan manusia.

Berdasarkan kajian yang pernah dibuat ke atas sampel air Sungai Terla, air tersebut mengandungi bakteria Total Coliform & E.Coli.

Erk... patutla saya cirit birit yang kronik masa gi Cameron dulu..

Ni semua sebab kerakusan dan ketamakkan manusia. Kawasan tadahan pun ditogelkan jadi kawasan pertanian. Lepas tu, tak pulak dibuat sistem kumbahan yang proper. Macam mana pihak berkuasa boleh terlepas pandang? Dah dibongkar TV3 barulah semua sibuk2 nanti.

3 comments:

Fid said...

ohhhhh noooo

mirah said...

oh ya ke?..baru je teringin nak pergi cameron lagi...

lia said...

cadang nk p cameron minggu ni tp terus xjadi ;(

Related Posts with Thumbnails