20 May, 2009

Teguhkanlah iman kami Ya Allah


Saya dapat emel ini hari Jumaat lepas. I was eager to publish it this blog. Kebetulan saya juga baru lepas habis baca buku Faisal Tehrani - "Tuhan Manusia". Juga menyentuh tentang isu murtad, liberalisma, pluralisma. Saya teringin nak ulas tentang isu ini, berdasarkan sedikit ilmu yang saya perolehi dari tulisan saudara FT. Namun, selepas 5 hari, saya masih tak berpeluang. Dan saya rasa semacam tak layak pula nak membincangkan isu-isu ilmiah sebegini.

Jadi, saya ambil keputusan kongsikan saja artikel ini dengan kawan-kawan sekalian sebagai iktibar, betapa Islam yang dikatakan Islam liberal itu sangat meruntuhkan akidah. Semoga Allah teguhkan iman kita dan keturunan-keturunan kita. Amin...

5 comments:

rizza said...

salam

semoga dilindungi anak2 kita dan keluraga kita...

saya pun takleh nak komen macam2... sebab tak arif bab agama... tapi satu je nak cakap...
dia dah tak boleh kata dia Melayu... Melayu adalah org yg beragama Islam.. jika dia berkeadaan begitu.. dia tak boleh mengaku dia Melayu(boleh dikategori sama ngan org2 Iban, Kadazan.... kalau di msia.. dia tak boleh kata dia Melayu)....

biar la kita seimbangkan ilmu agama n dunia.. dari kita berat salah satu nye yg akan menjadikan macam2 terjadik..

maaf kalau dok komen mengarut kat sini..

salam perkenalan..

m-i-o said...

semoga dia diberikan hidayah.

selalunya orang yg taat beragama tak kira agama apa sekalipun akan muncul sebagai seorang yg meyakinkan.

sayangnya, dia memang meyakinkan tapi sudah bertukar landasan. kesian. kalau tukar drpd landasan kiri ke landasan kanan baguslah. ini tukar landasan kanan ke landasan kiri. sangat malang!

alangkah bagusnya kalau dia rajin ke masjid - instead of rajin ke gereja.

catholic boleh makan babi ke? statement anak dia tu bahawa menjadi catholic adalah alasan boleh makan babi agak meragukan. kalau dia betul2 catholic sejati - aku rasa takleh makan babi, minum arak dll - lebih kurang macam Islam jugalah sebab kan sama2 agama langit? but of course itu agama langit yg sudah dipesongkan.

nonnie78 said...

salam.

moga Allah memberi hidayah kepada keluarga ini. Dan moga iman kita semua masih dalam Islam lantas mati masih dalam Iman sebagai seorang Islam. Amin.

Banyak sebenarnya kes macam ni. Jangan kata di Singapore, di M'sia ni pun ada Melayu Islam tidak percaya pada agama sendiri. Dan turut makan benda-benda haram untuk meletakkan diri mereka duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa c1n4 atau 0mput1h.

Bukankan menjadi Islam itu sesuatu yang indah, sesuatu yang asyik untuk dibelai dan dihayati? Kenapa mata hati mereka buta pada Allah nan Satu, pencipta Alam Semesta yang Maha Agung? Nauzubillah min zalik.. Allah tetapkan hati kami, terus sujud padaMu, bukan pada agama lain sekaligus menarik kami dari nikmatMu.

yOkOyOpOyO said...

Bismillah.. Ya Allah, Jangan kau pesongkan hati-hati kami dan anak-anak kami sesudah kau berikan kami petunjuk. Amin,

me_czar said...

Kak rizza,

Selamat berkenalan juga umminya hassan & super senior saya di TIKL (kan?)

m-i-o, nonnie & syaza,

Memang di Malaysia pun ada banyak kes macam ni. Banyak yang tak declair macam Li.na Jo.y, ra.sul mela.yu & pengikut a.yah p.in. Mereka tu memang sangat berani.

Banyak faktor yang mempengaruhi sehingga tipisnya iman generasi sekarang. Baik dari kepimpinan negara, makanan yang kita makan. Pendek kata dunia sekarang memang sangat menakutkan.

Saya pun tak cukup ilmu nak kupas isu ini. Wish i can elaborate further buku FT tu.

Related Posts with Thumbnails