12 June, 2009

Akhirnya hari Jumaat pun tiba...

Alhamdulillah… hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari… Ramai yang bergembira dengan kedatangan hari ni sebab esok dan lusa tak perlu kerja lagi. Tapi bagi saya, ada kurangnya hari Jumaat saya, hari ni lebih-lebih lagi. Sebab paling utama semenjak setahun ni…

  1. Ada kaum Adam yang uzur pada setiap kali Jumaat di pejabat saya ni. Dan saya pasti, bukan hanya setakat hari Jumaat, tapi setiap 365 hari setahun. Apa yang dapat saya lakukan? Setakat ini , TIADA APA-APA. Takutnya saya ‘nanti’. Kami tak pernah bercakap sebab dia di jabatan lain. Saya pernah terfikir nak hantar email layang supaya dapat saya laksanakan tangjungjawab saya. Tapi, entah bila…
  2. Sebab lain untuk hari ni, kemungkinan kami terpaksa bermalam (tentunya buat kerja bukan tidur hehe..) di pejabat, siapkan tender untuk submission Isnin ni. Kebanyakan kami tak nak datang semula esok & Ahad. Jadi kami sepakat untuk siapkan hari ni juga hatta, terpaksa mengorbankan masa tidur kami pun.

2 comments:

Zety Zin said...

ohh tak syoknya kena bermalam kat opis. papepun, chaiyok!

nonnie78 said...

salam.

ramai sebenarnya kaum Adam yg uzur tiap hari. Kekadang aku sound gak, tak kiralah terasa dek hati ke tidak sbb aku 'malas' nk bersoaljawab ngan 'penemuduga' di negara kekal sok lusa..

Related Posts with Thumbnails