19 June, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Esok bermulalah cuti-cuti Malaysia kami 4 beranak. Hubby + saya + Muqry + Nuryn. Destinasi terpilih sesuai ngan bajet – Langkawi *lupa pulak nak menuntut ilmu ngan Cik Fid*. First time ever. Mak excited, nyah!

Susah juga nak pujuk Hubby supaya setuju dengan rancangan saya. Sebabnya Hubby teringin nak bawa seluruh ahli keluarganya bercuti sekali. Hehe… murni betul impian suami tu tapi, setakat Sg. Congkak, PD kami mampulah… Kalau jauh-jauh tu, belum ada kemampuan lagi.

Saya pula teringin nak berjalan anak beranak jauh sikit. Muak juga asyik-asyik PD, PD, PD (soalan bonus.. cuba teka berapa kali kami ke PD dalam 2 tahun ni?). Kalau nak cukupkan duit buat rombongan Cik Kiah, entah bila pulak kan? Jadi, bila Air Asia buat tawaran tiket murah hari tu, pucuk dicita ulam mendatang. Merasalah anak-anak naik kapal terbang. Muqry terutamanya, mesti dia seronok sangat.

Selama saya bercuti ni, tak dapatla nak update blog ni. Saya cuba juga register untuk Blogger Mobile (pandai je bagi istilah sendiri. Sbb kalau Facebook.. Facebook Mobile) supaya saya boleh hantar entri melalui MMS. Tapi tak boleh pun… Ada sesiapa tahu macam mana? Kalau guna SMS, untuk nombor UK jer. Rasanya MMS, tak de bagitau pulak.

Selamat jumpa lagi Rabu nanti. Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali. Tata titi tutu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails