24 June, 2009

I'm back!

Alhamdulillah… saya dah selamat pulang dari Langkawi petang semalam. 3 hari 3 malam di sana, seronok & penat.

Seronok sbb apa yang saya senaraikan dalam wish list, saya dapat. Perbelanjaan sepanjang kami kat sana pun tak lari dari bajet yang dah diperuntukkan. Penat sebab kebanyakkan masa Nuryn minta didokong. Mujur saya bawa ring sling, jadi kurang sikit terasa beratnya Nuryn yang montel tu. Siapa yang pernah pergi ke Tasik Dayang Bunting & jambatan gantung kat cable car tu, ada boleh bayangkan camne saya turun naik tangga dengan dokong Nuryn guna ring sling. Bahu boleh bertahan. Cuma kepala lutut je yang rasa longgar. Huhu…

Tak sempat lagi nak cerita lebih lanjut tentang percutian tu. Kerja yang menunggu atas meja ni pun boleh tahan juga banyaknya.

Saya akan cuba update secepat mungkin.

4 comments:

kita said...

tasik dayang bunting kita tak pergi
tapi jambatan gantung tue pergi
siap bawak stroller tau
tapi stroller tinggal kat bawah
dukung pakai sling yg ko bagi tue
wahhhhhh naik sampai atas
penat seh...

lia said...

kat cable car berkabus ke panas?

teringin naik masa berkabus sbb masa panas xfeel mcm kat oversea he3..

Adwindaa said...

huhuuu mmg dpt ku bygkan.... hmmmm ni yg buat ku berfikir 10X nak bw adwan g langkawi jenjalan nie..... hmmmmmmm....

me_czar said...

Kita :
Nak ke Tasik Dayang Bunting tu pun mencabar jugak perjalanannya untuk orang yang dokong anak. Huhu..

Lia :
Masa tu panas pagi. Tak berkabus pun. Tapi angin kuat jugak. Sekali sekala terasa goyang jugak jambatan gantung tu

Adwindaa :
Ala.. sian Adwan tak dapat gi.. Hehe.. kalau anak sorang tahan lagi. Boleh gilir ngan Hubby. Kami ni sorang satu kena kelek. Dahla masing2 berat boleh tahan

Related Posts with Thumbnails